[5/24, 11:48 PM] +60 10-301 3739: Dari Tn Hj Najib Hj Din..
Memandangkan ramai yang masih keliru dengan spesis2 kelulut di Malaysia ni...Harini moh teman mulakan dulu dengan pemahaman mengenai Genus dan Spesis kelulut ni secara berperingkat...
#Genus dalam bahasa kampung yang mudah kita nak paham ialah Kumpulan...
#Spesis pula dalam pemahaman mudah ialah Adik-Beradik yang ada di dalam sesebuah Kumpulan Kelulut tersebut..
#contohnya dalam Genus(kumpulan)Heterotrigona...
Ada 3 Spesis(adik-beradik) dalam genus tersebut..,
-Heterotrigona itama
-Heterotrigona erythrogastra
-Heterotrigona bakeri
Berikut pula adalah Spesis2 Kelulut yang terdapat di Asia terutamanya di Malaysia mengikut Genus oleh Moure(1961),Schwarz(1939),Sakagami(1975) dan Sakagami&Inoue(1987)...,
Selamat Mentelaah bagi Yang Berminat Mengetahui...
1.Genus Heterotrigona Schwarz 1939;
-H.itama(Cockerell,1918)
-H.bakeri(Cockerell,1919)
-H.erythrogastra(Cameron,1902)
2.Genus Geniotrigona Moure 1961;
-G.thoracica(Smith,1857)
-G.insica(Sakagami&Inoue,1989)
-G.lacteifasciata(Cameron,1902)
3.Genus Tetrigona Moure 1961;
-T.apicalis(Smith,1857)
-T.melanoleuca(Cockerell,1929)
-T.peninsularis(Cockerell,1927)
-T.binghami(Schwarz,1937)
-T.vidua(Lepeletier de Saint Fargeau,1836)
4.Genus Homotrigona Moure 1961;
-H.fimbriata(Smith,1857)
-H.aliceae(Cockerell,1929)
-H.anamatica(Friese,1909)
-H.lutea(Bingham,1897)
5.Genus Lepidotrigona Schwarz 1939;
-L.arcifera(Cockerell,1929)
-L.doipaensis(Schwarz,1939)
-L.flavibasis(Cockerell,1929)
-L.ventralis(Smith,1857)
-L.throchanterica(Cockerell,1920)
-L.terminata(Smith,1878)
-L.palavanica(Cockerell,1915)
-L.nitidiventris(Smith,1857)
-L.latipes(Friese,1900)
-L.latebalteata(Cameron,1902)
-L.javanica(Gribodo,1891)
-L.hoozana(Strand,1913)
6.Genus Lophotrigona Moure 1961;
-Lophotrigona canifrons(Smith,1857)
7.Genus Odontotrigona Moure 1961;
-Odontotrigona haematoptera(Cockerell,1919)
8.Genus Lisotrigona Moure 1961;
-L.carpenteri(Engel,2000)
-L.mohandasi(Jobiraj&Narendran,2004)
-L.furva(Engel,2000)
9.Genus Sundatrigona Inoue&Sakagami 1993;
-Sundatrigona moorei(Schwarz,1937)
-Sundatrigona lieftincki(Sakagami&Inoue,1987)
10.Genus Pariotrigona Moure 1961;
-Pariotrigona pendleburyi(Schwarz,1939)
-Pariotrigona klossi(Schwarz,1939)
11.Genus Tetragonilla Moure 1961;
-T.atripes(Smith,1857)
-T.collina(Smith,1857)
-T.rufibasalis(Cockerell,1918)
-T.fuscibasis(Cockerell,1920)
12.Genus Platytrigona Moure 1961;
-Platytrigona atricornis(Smith,1865)
-Platytrigona hobbyi(Schwarz,1937)
-Platytrigona flaviventris(Friese,1909)
-Platytrigona planifrons(Smith,1865)
-Platytrigona lamingtonia(Cockerell,1929)
13.Genus Tetragonula Moure 1961;
-T.zucchii(Sakagami,1978)
-T.valdezi(Cockerell,1918)
-T.testaceitarsis(Cameron,1901)
-T.sirindhornae(Michener&Boongird,2004)
-T.sarawakensis(Schwarz,1937)
-T.sapiens(Cockerell,1911)
-T.ruficornis(Smith in Home&Smith,1870)
-T.reepeni(Friese,1918)
-T.praeterita(Walker,1860)
-T.penangensis(Cockerell,1911)
-T.pagdeniformis(Sakagami,1978)
-T.pagdeni(Schwarz,1939)
-T.minor(Sakagami,1978)
-T.minangkabau(Sakagami,1978)
-T.mellipes(Friese,1898)
-T.melina(Gribodo,1893)
-T.melanocephala(Gribodo,1893)
-T.leaviceps(Smith,1857)
-T.iridipennis(Smith,1854)
-T.hockingsi(Cockerell,1929)
-T.hirashimai(Sakagami,1978)
-T.gressitti(Sakagami,1978)
-T.geissleri(Cockerell,1918)
-T.fuscobalteata(Cameron,1908)
-T.drescheri(Schwarz,1939)
-T.devicta(Cockerell,1921)
-T.davenporti(Franck,2004)
-T.dapitensis(Cockerell,1925)
-T.clypearis(Friese,1909)
-T.carbonaria(Smith,1854)
-T.biroi(Friese,1898)
-T.bengalensis(Cameron,1897)
Terima Kasih kerana Membaca.....
[5/24, 11:48 PM] +60 10-301 3739: By Prof Shamsul Bahri Abd Razak
Kelulut mempunyai sepasang sesungut yang disebut antena. Sesungut ini merupakan deria utama kelulut. Tanpa antena ini kelulut akan hilang arah dan tujuan.
Ia digunakan untuk menghidu dan kadang-kadang untuk merasa dan juga mendengar (getaran). Antena ini dilengkapi oleh bulu-bulu halus dan receptor (oldfactory receptor) bagi menghidu molekul bauan termasuk bau feromon.
Selain daripada itu antena juga boleh bertindak sebagai sensor kelembapan yang boleh mengesan perubahan kandungan wapair udara.
Antena kelulut jantan dan betina berbeza dari segi panjang. Kelulut betina mempunyai 12 segmen (flagellum, pedicel dan scape) manakala kelulut jantan 13 segmen.
Ini menjelaskan kenapa kelulut tidak sesat pulang kesarang atau koloni lain. Ada lebuhraya feromon spesifik (unique and specific pheromone highway) yang telah disiapkan oleh kelulut peninjau (scout stingless bee) yang kerjanya membuat lebuhraya ini setiap hari.
[5/24, 11:48 PM] +60 10-301 3739: Dr Tn Hj Najib Hj Din
Moh kita selidik secara ringkas apa yang sering Kelulut2 kita buat setiap hari dan apa yang mereka bawak pulang ke sarang/log....
Jika kita amati betul2 balik..,biasanya kelulut akan balik ke sarang mereka dengan membawa sesuatu di hujung kaki belakang depa...,Apakah ia?
1.Kalau depa bawak balik kat hujung blakang kaki warnanya kuning keemasan/oren itu biasanya Pollen/Debunga,biasanya untuk makanan Ratu dan Anak...
2.Kalau depa bawak balik kat hujung blakang kaki tu warnanya putih,coklat dan kadang2 hitam..,itu maknanya depa bawak balik resin atau sap untuk binaan2 propolis...
3.Kalau depa balik kosong ja takda apa2 kat hujung kaki blakang tu..,cuba perhati perut depa..,konpem gemuk sikit dan bersinar sbab ada nektar/madu kat dalam perut depa...
[5/24, 11:48 PM] +60 10-301 3739: Dari Tn Hj Najib Hj Din..
Serba sedikit teori penerangan mengenai ciri2 Fizikal Asas yang ada pada tubuh badan Kelulut2 ternakan anda...,
Sekadar penambahan ilmu Percuma(bukan Krosus berbayaq)kepada yang newbie2 dan yang berminat nak Mengetahui...,
Sifu2 dan Otai2 sila abaikan dari Membaca sebab konpem hangpa2 semua dah tau dan tak perlu dibagitahu lagi...,ermmmm
Tahukah Anda?
*Kelulut Mempunyai sesungut/antena yang berfungsi untuk mengesan bau dan mengukur kelajuan penerbangan...,
*Kelulut Mempunyai belalai/proboscis yang berfungsi untuk Menyedut dan Memindahkan cairan...,
*Kelulut Mempunyai 5 biji mata iaitu;
1. 2 biji Mata Kompaun(depan muka)yang berfungsi untuk penglihatan jauh dan warna..,
2. 3 biji Mata Ocelli(belakang atas kepala)yang berfungsi untuk penglihatan dekat dan menentukan intensiti cahaya..,
*Kelulut Mempunyai rahang yang berfungsi untuk Menggigit,Memotong dan Melukakan pokok...,
*Kelulut Mempunyai 3 pasang kaki yang berfungsi untuk berjalan dan kaki belakang yang berfungsi untuk membawa debunga&resin...,
*Kelulut Mempunyai 2 pasang sayap yang berfungsi untuk terbang apabila depa dewasa...,
*Kelulut sama dengan serangga2 lain dan mempunyai Otak yang sering dipanggil Ganglion Cerebrum...,Terletak dalam kepala diatas oesophagus nya..
[5/24, 11:48 PM] +60 10-301 3739: Dari Tn Hj Najib Hj Din..
Apakah itu Feromon?
*Feromon ialah sejenis bahan kimia yang dirembeskan oleh sesuatu haiwan yang boleh mempengaruhi perkembangan dan tabiat haiwan lain yang sama Spesis dengannya..
Dalam skop/konteks Kelulut,feromon boleh dikatakan secara mudah nak faham ialah seperti Bau yang dirembeskan oleh Pekerja/Worker dalam meninggalkan sesuatu jejak sumber..,Manakala bagi Ratu pula ia adalah untuk tarikan seks kepada Pejantan...
Apakah itu Swarming?
*Swarming ialah Kerumunan dan ia adalah Proses Semulajadi pembiakan bagi sesebuah Koloni Kelulut...,
Bilakah time/masa depa2 kelulutni selalu Swarming?
*Swarming akan berlaku apabila salah satu Telur Ratu dalam Sesebuah Koloni itu mula menetas..,Apabila menetas,ratu baru ini akan mengeluarkan satu Bau Feromon yang akan menarik Perhatian Penjantan2/Drones2 supaya bersiap sedia untuk Mengawan...,
Harus di Ingat!Feromon dari Ratu baru ini Hanya akan menarik perhatian Pejantan2 yang sama Spesis sahaja untuk Mengawan...,Contohnya kalau Swarming berlaku pada log Spesis T.apicalis,hanya Penjantan2 dari spesis T.apicalis sahaja akan tertarik untuk Mengawan dah bukannya dari spesis H.itama atau lain2 Spesis..,
Jadinya...,Apa yang Teman nak highlightkan ialah,Jangan Terkejut Jika anda berdepan Situasi Kelulut saling berbunuhan di depan corong...,
Jika anda Menternak 25 log/sarang Spesis H.itama,dan tatkala 1 log dari kesemuanya itu telah Menetaslah satu Telur Ratunya..,Feromon dari Ratu Baru itu secara alami dan tak langsung akan menarik Perhatian Pejantan2 dari 24 log H.itama yang lain untuk Mengawan jugak...,Makanya Perang bakal Berlaku...
[5/24, 11:48 PM] +60 10-301 3739: Flavonoid adalah sejenis zat semulajadi dari tumbuhan..,Propolis merupakan salah satu sumber flavonoid yang tertinggi..,Banyak kajian telah membuktikan kesan baik flavonoid termasuklah antibakteria,antivirus,merawat keradangan,mencegah kanser dan bermacam macam lagi khasiatnya...
Jadinya..,Kebaikan yang boleh diperoleh daripada Menternak Kelulut ni bukanlah hanya Sekadar pada Madunya sahaja..,Malah,Propolis2 depa ni pun amat tinggi Nilai Khasiatnya jika DiKaji secara mendalam..,
Untuk Pengetahuan,Propolis terhasil dari campuran Ajaib air liur Kelulut yang telah diolah bersama Resin dari pokok2 terpilih...,
[5/24, 11:48 PM] +60 10-301 3739: Debunga (Pollen) ialah serbuk halus hingga kasar yang mengandungi mikrogametofit benih tumbuhan, yang menghasilkan gamet jantan yang diperlukan oleh pokok semasa proses pengsenyawaan bagi menghasilkan biji atau buah.
Polen Lebah (Bee Pollen) juga dikenali sebagai Roti Lebah (Bee Bread) yang dihasilkan oleh lebah kelulut dengan mengolah campuran di antara debunga, nektar dan air liur lebah kelulut. Dalam setiap koloni sarang lebah kelulut, roti lebah adalah makanan khusus untuk anak-anak lebah kelulut. Roti lebah ini sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai sumber nutrien semulajadi yang diperlukan oleh manusia.
Ia merupakan sebatian 40% protein yang rasanya masam dan kebiasaannya berwarna kuning keemasan. Hampir separuh dari kandungan protein roti lebah kelulut ini adalah dalam bentuk asid amino yang boleh digunakan terus oleh badan manusia.
Ujian klinikal juga menunjukkan bahawa partikel roti lebah yang dimakan oleh manusia akan terserap dengan mudah dan cepat melalui perut ke dalam salur darah. Dalam tempoh masa 2 jam selepas dimakan, partikel roti lebah ini telah dijumpai di dalam darah, cecair tulang belakang serebrum dan air kencing.
Polen lebah atau roti lebah ini mampu meningkatkan kesihatan badan, merangsang fungsi organ dan kelenjar serta meningkatkan kesuburan badan. Ia juga mampu membantu manusia mengekalkan paras tenaga dalam badan secara konsisten.
Roti lebah adalah berkalori rendah serta mengandungi pelbagai nutrien yang penting kepada manusia termasuklah 18 jenis asid amino. Ia juga membekalkan lebih dari 12 jenis vitamin, 28 mineral, 11 enzim, 14 asid lemak dan 11 karbohidrat. Roti lebah juga mengandungi bahan anti-oksida yang tinggi yang dapat meningkatkan imunisasi sel-sel badan manusia melawan radikal bebas dan kuman penyakit.
Di Malaysia khususnya, walaupun harga di pasaran agak tinggi dan sukar diperolehi namun roti lebah kelulut ini sememangnya diketahui sebagai makanan tambahan berkhasiat yang boleh membantu kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran badan dan berupaya meningkatkan kesuburan tubuh badan wanita untuk mendapatkan zuriat. Wallahua’lam.
[5/24, 11:49 PM] +60 10-301 3739: By Prof Shamsul Bahri Abd Razak
Fakta @ Auta.. Tempayan madu plastik.
Pernah suatu ketika isu penggunaan tempayan madu plastik (Polyurethene) yang diletakkan di dalam sarang kelulut hangat dipekatakan.
Mengapa tempayan plastik digunakan? Antara lain saya difahamkan untuk keseragaman (1 lapisan tempayan madu). Mudah sedut madu. Dah mungkin juga nampak cantik (astetik).
Apa kesan tempayan plastik terhadap kualiti madu? Itu persoalan paling penting.
Lantas saya bersama beberapa penyelidik dari UMT mengambil inisiatif untuk merungkai polemik tersebut. Perlu ada data yang betul bagi menyokong fakta.
Bercakap tanpa fakta yang betul dan jelas merupakan satu penyelewangan dan boleh menyongsang fikiran umum. Tidak boleh agak-agak dan ikut logik akal.
Beberapa kajian telah dilakukan. Data untuk kandungan Ph, gula, kandungan asid, kandungan air, kandungan mineral, enzim madu dan beberapa lagi ciri (Physicochemical properties of honey) telah dianalisa. Madu dari tempayan plastik vs madu tempayan asli (propolis).
Keputusannya TIADA perbezaan yang ketara/signifikan.
Namun apabila rakan saya Dr Mohd Nizam Bin Lani, pakar mikrobiologi makanan menguji kandungan mikroflora (beneficial microbes), keputusannya amat mengejutkan.
Madu dari tempayan plastik samada mengandungi aktiviti mikrob yang amat rendah atau tidak ada aktiviti mikrob langsung.
Ini maklumat penting. Madu lebah atau madu kelulut berkhasiat kerana sumbangan kesemua mikroflora di dalam madu. Tiada mikrob berguna bermakna khasiat madu pun berkurangan.
Jika hendak madu ori, semuanya perlu ori juga.
[5/24, 11:49 PM] +60 10-301 3739: Dari Tn Hj Najib Hj Din
Salam Hujung Minggu buat semua warga KPLK&LM..,harini Moh Kita refresh balik serba sedikit peranan Watak2 Penting yang ada dalam Sesebuah Koloni Kelulut...,
Khas Untuk Newbie2 dan Peminat2 Kelulut yang Baru nak Mengenali Kelulut..,Yang Otai2/Sifu2/Cikgu2 takyah baca pun takpa,sebab anda dah Terer...,Mmmmm
PERANAN KELULUT JANTAN(Drone);
#Berperanan mengawani ratu dara..
#Bila ratu dara matang mengeluarkan feromon isyarat ingin mengawan,pejantan(drone) akan berkumpul secara padat di hadapan pintu sarang selama beberapa hari atau minggu..
#Pejantan akan mengawan di udara sambil terbang dan hanya yang bernasib baik akan mendapat peluang mengawan..
#Sedihnya,setelah mengawan,pejantan(drone) tersebut akan mati..
PERANAN RATU(Queen);
#Sentiasa bertelur dan bertelur..
#Hanya akan ada seekor ratu yang matang dalam koloni.
#Ratu dara akan berpindah untuk membentuk koloni baru dan mengawan.
#Ratu lama tidak akan meninggalkan sarang dan sedia untuk bertelur sehingga 150-300 biji sehari(masa produktif),sambil kehidupan hariannya diasuh oleh kelulut pekerja..
#Jika ada keperluan membentuk koloni baru atau menggantikan ratu yang kurang produktif,barulah ratu dara akan dibenarkan hidup.Ratu lama mungkin akan mati atau dibunuh untuk diganti dengan ratu yang muda....
PERANAN KELULUT BETINA(Worker);
#Kerja cerumen-membina atau membaiki sel2 dan kantung2 baru dan lama dan keseluruhan sesawang serta batumen(dinding sarang)..
#Pembinaan sel telur-bekerja di dalam atau di tepi sel dalam pembinaan..
#Membina atau membaiki involukrum..
#Mengumpul resin dan debunga(pollen)-pekerja membawa resin pollen ke dalam sarang..
#Mengipas sarang-mengawal suhu dalaman menggunakan sayap..
#Menjaga pintu masuk sarang-pekerja mengawal di pintu masuk ke dalam sarang..
#Pembersihan sarang-pekerja membersihkan sarang daripada kekotoran dan anasir2 yang tidak diingini..
Terima Kasih kerana Sudi Membaca..,Maaf jika teman ada terkasar Bahasa...TQ