Kelulut tutup lubang naik ke topping disebabkan
1. Topping tidak kedap udara kerana a) ada lubang di penyambung kayu topping. Penyelesaian, tukar kotak topping guna pasu bunga leper
b) plastik penutup topping longgar tidak rapat. Rapatkan dengan double sided tape atau propolis
c) Ada gangguan semut, anai-anai, kupu-kupu lilin dalam kotak topping. Hilangkan ancaman secara manual.
d) Ada kulat dalam topping boleh selesai dengan menyapukan madu di bahagian dalam kotak topping
e) kayu papan topping telah dirawat dengan ubat anai-anai / racun kayu. Penyelesaian dengan tukar topping lain
f) Kotak topping serap air. Selesaikan dengan letakkan dibawah teduhan /atap
2. Kotak topping panas akibat papan topping terlalu nipis. Penyelesaian
a) buat topping double layer
b) letakkan topping di bawah atap
c) labuhkan dinding penutup topping
d) balut topping dengan penebat haba dan bunyi seperti asphalt, asbestos, polysterine
*Cara memikat kelulut naik ke dalam topping*
a) Buka penutup topping dan biarkan satu jam setiap hari sehingga dia mula buat sarang dalam topping
b) Letakkan campuran madu dan air zam-zam dalam bekas leper di dalam topping
c) Ambil kerangka / tangkai anggur dari sarang lain dan letakkan di atas lubang masuk topping
d) Ambil telur satu atau dua lapis dari sarang yang sama dan letakkan dalam topping
e) ambil kantung madu yang masih sempurna dan letakkan dalam topping. Bukakan tutup kantung sebelum menutup kotak topping.
Setakat itu yang saya dah praktikkan. Bagi yang ada kaedah lain boleh tambah lagi.
Kelulut terkenal sebagai agen pendebungaan yang efektif.
Ia perlukan nektar dari 4000 kuntum bunga untuk hasilkan sesudu madu kelulut.
Penghasilan madu bukan sahaja bergantung kepada keberadaan bunga di sekitar sarang, tetapi kesuburan koloni tersebut.
Waktu subur biasanya dari bulan Februari sehingga bulan Julai. Waktu ini, kebanyakan sarang boleh di tuai 3 minggu sekali.
Jadi tanamlah tanaman yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada pengusaha supaya kelestarian tuan kelulut terjaga.
Bukan kita bekerja untuk kelulut, tapi bantu kelulut untuk kerja untuk kita.
No comments:
Post a Comment