Friday, June 2, 2017

Kelulut - Utk Mengurangkan Stress

By Prof Shamsul Bahri Abdul Razak

KELULUT.O.LOGI #34 - Kelulut pun stress juga

Bukan manusia sahaja mengalami masalah stress. Serangga terutama dari kumpulan bersosial tinggi (eusosial) seperti kelulut juga mengalami masalah yang sama.

Cuaca, kelaparan/kekurangan sumber, ancaman - ini merupakan agen-agen stress yang akan mencetuskan beberapa siri tindakbalas.

Apabila kita stress, otak kita akan menghantar isyarat dan hormon epinefrin @ adrenaline akan dikeluarkan. Degupan jantung kencang.

Apabila kelulut stress hormon otofamin (= epinefrin pada manusia) dikeluarkan. Ini merupakan persiapan mereka untuk menangani stress tersebut. Feromone berjaga-jaga (alarm pheromone) juga dikeluarkan akibat gangguan.

Bagaimana kita dapat membantu kelulut supaya kurang tertekan?

Kelulut  tertekan antaranya disebabkan :

1 - Ketika menyedut madu
2- Ketika memotong log untuk pemindahan dan penyediaan 'topping'
3- Lokasi ternakan tidak sesuai (sumber), termasuk panas matahari
4- kedudukan log rapat-rapat di kawasan kurang sumber
5- Serangan perosak dan penyakit
6- Racun (langsung atau tidak langsung)
7- Asyik buka tutup 'topping'
8-........

Amalan Ternakan Kelulut yang baik (GKP - Good Kelulut Practices) perlu diamalkan.

Jika kelulut itu ada perasaan, seharusnya kita mendalami dan empati perasaan mereka. Kalau kita suka orang berlemah lembut dengan kita, kita pun kena berlemah lembut dengan mereka.

Jaga kelulut, kelulut akan sayang kita.

#kelulutUMT
#UMT15tahun

No comments:

Post a Comment