Wednesday, June 7, 2017

Kelulut Jantan Hanya Mengawan

KELULUT.O.LOGI #35 - Jantan kerjanya hanya mengawan

Di dalam setiap koloni kelulut, selain ratu dan kelulut pekerja (yang semuanya kelulut betina)  ada juga kelulut jantan (dipanggil 'drone'). Peranan yang dimainkan oleh kelulut jantan ini penting. Ia memastikan kesinambungan sesuatu koloni dari satu generasi ke satu generasi.

Tugas  kelulut jantan hanya satu. Mengawan. Memang itu pun tugasan dan kepandaian kelulut jantan.

Kehadiran kelulut jantan juga merupakan satu petanda yang amat bagus.  Ia petunjuk koloni tersebut berkembang dengan baik. Cukup segala sumber dan makanan.

Peratus bilangan kelulut jantan di dalam satu-satu koloni tidak sebanyak kelulut pekerja. Anggaran bilangan 15% bagi setiap koloni.

Kelulut jantan boleh dibezakan dari kelulut pekerja dari segi morfologi. Badan lebih besar dari kelulut betina, kelihatan badan 'bongkok' melengkung, mempunyai mata yang besar. Sesetengah spesies kelulut kaki belakang (hind tibia) mempunyai cangkuk seperti yang selalu dilihat pada H. itama.

Bahagian abdomen kelulut jantan  ada struktur unjuran khas yang dipanggil 'copulatory claspers' atau cangkuk mengawan.

Kelulut jantan  akan keluar dalam kawanan. Apabila terbang akan mengeluarkan bunyi seperti deruman. Lokasi lepak mereka (drone congregation areas = DCA) diluar log atau lokasi berhampiran koloni. Mereka bersedia dan latihan terbang sebelum mengawan.

Ada satu cerita lucu berkaitan kelulut jantan. Pernah satu ketika keluar ke lapangan, penternak kelulut menceritakan dia menghalau dan 'menebas' kelulut jantan yang berkeliaran di log kerana disangkakan lalat. Habis bergelimpangan. Adoi... sayang.

(foto makro di bawah ialah kelulut jantan Tetrigona binghami. Spesimen dari ladang ternak Niranur. Terimakasih Tuan Muhamad Ilman Mohamad Aluis)

#kelulutUMT
#UMT15tahun

No comments:

Post a Comment