Tuesday, May 23, 2017

HMF Dalam Madu

HMF Dalam Madu.

Saya diminta memberi pendapat mengenai isu ini. Sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan
Epidemiologi NCD, setelah merujuk artikel2 termasuk artikel asal " Toxic compounds in honey. Md. Naszmul Islam
et al. Journal of Applied Toxicology 34(7):733-742. July 2014.

Berikut adalah pendapat ringkas saya:
1. Madu lebah dan madu kelulut mempunyai banyak khasiat kpd manusia untuk tujuan wellness, perawatan,
personal-care dan kosmetik.

2. Madu lebah dan madu kelulut yang tidak diproses (raw) adalah terbaik di ikuti oleh madu yg proses (dipanas dan dikeringkan). Manakala madu tiruan, madu campuran boleh mendatangkan
mudharat dalam masa panjang.

3. Secara amnya , madu asli Tidak mempunyai tempoh luput atau "expiration date". Madu asli dan "treated honey" yg proses, disimpan dlm bekas
berseal dan ditempat yg betul boleh bertahan berdekad2 malah berkurun. Walaubagaimanapun, madu boleh terjejas akibat suhu panas, bekas simpana,
kandungan asid dan kandungan air. Atas
sebab2 praktikal, Tempoh masa 2 tahun
selalu disebut sebagai tempoh masa
luput. Kerana itu pihak berkuasa
makanan di kebanyakan negara tidak
mewajibkan label tarikh luput.

4. HMF atau Hydroxvmethylfurfural
terhasil dari proses pengeringan atau
pembakaran beberapa jenis gula atsu
karamel. Tidak terdapat dalam makanan
segar kecuali makanan bergula yg telah
melalui proses pemanasan atau
pengeringan. Banyak terdapat dalam kek,
roti bakar, biskut, jem, cuka, produk
alkohol, kopi, buah-buahan kering dan
sebagainya. Terdapat juga dalam kuantiti
yg sedikit dlm jus, susu UHT dan madu
yg diproses dan dipanaskan dgn suhu
tinggi dan tempoh yg lama.

5. HMF boleh bertukar menjadi SMF atau
5-sulfoxymethylfurfural yg merupakan
karsinogenik yg boleh menyebabkan
kanser dalam ujian in vitro dan in vivo
pada tikus dan boleh menjadi satu faktor
risiko kanser kpd manusia akibat
pendedahan yg tinggi dan lama.

6. Madu secara hakikinya, dihasilkan oleh
lebah dan kelulut berfungsi utk simpanan
makanan bagi masa yg lama bagi
kelangsungan generasi mereka. Oleh itu
madu secara natural nya memang boleh
bertahan bertahun2 lamanya.

7. Namun, akibat permintaan komersial,
keuntungan yg cepat dan sikap rakus
manusia, selain madu asli yg "raw"
terdapat byk juga madu yg diproses tidak
sempurna, madu campuran ( blended/
adultrated/ mixed), dan madu tiruan yg
pastinya mempunyai tempoh luput yg
berbeza.

8. Sebagai amalan kesihatan pencegahan
yg baik, kita harus mengutamakan
makanan segar dan kurang/ tidak
diproses termasuk MADU LEBAH DAN
MADU KELULUT ASLI yg diguna/
dimakan dalam masa yg singkat selepas
dituai. Patuhi tempoh luput yg pendek
dan ketahui bahan karsinogenik yg lain
bukan setakat HMF dan madu sahaja.

9. Kementerian Kesihatan Malaysia telah
meletakkan standard madu di bawah
Peraturan 130, Peraturan- Peraturan
Makanan 1985, Akta Makanan 1983 dan
memperkenalkan Skim Sijil Makanan
Autentik bagi madu mulai Januari 2016
bagi tujuan kawalan mutu.
Walaubagaimanapun TIADA lagi standard
madu kelulut Malaysia.

10. Penyakit kanser yg utama di Malaysia
ialah kanser paru-paru, kanser kolorektal,
payudara, cervical/ pangkal rahim,
gastrointestinal, NPC serta lymphoma
dan leukemia. Antara faktor risiko yg
utama ialah asap rokok, beratbadan
berlebihan, jangkitan virus, pemakanan,
tidak ada imunisasi, bahan kimia dalam
ubat dan bahan kosmetik tidak berdaftar.
Semua boleh dicegah dan di minimakan
kesannya dgn amalan kesihatan dan
pemakanan yg baik.

11. Jika anda mahu mendapat manafaat,
selamat dan khasiat yg terbaik dari
madu, dapatkan Madu kelulut atau Madu
lebah yg ASLI dan Raw dari sumber2 yg
mengamalkan " Good Agriculture dan
Good Manufacturing Practice " yg sahih
dan anda ketahui. Cara packaging dan
simpanan juga penting. Terutama bagi
MADU KELULUT yg masih belum ada
parameter standard.
Semoga penerangan ringkas saya ini
dapt memberi manafaat kepada
masyarakat.
Ikhlas:
Dato' Dr Zainal Ariffin Omar DSAP,
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan
Awam dan Epidemiologi NCD.
Amaravilla Homegarden Seremban.
22.05.2017

Rujukan:
1. " Toxic compounds in honey. Md.
Naszmul Islam et al. Journal of Applied
Toxicology 34 (7):733-742. July 2014.
2. Zdzislaw E. Sikorski. Chemical and
functional properties of food components.
CRC Press 2017.
3. Wikipedia/ hydroxvmethylfurfural.
Access 22.5.2017.
4. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
Peraturan Makanan 1985.
5. National Honey Board. USA. Access
21.5.2017.
6. How long does last? http://
www.Eatbydate.com. Access
22.05.2017.
7. WHO. Healthy diet. Factsheet.

#copy&paste from fb Zainal Omar
https://mobile.facebook.com/story.php?story_fbid=1699344483428917&id=100000601444902&refid=18&ref=opera_speed_dial&_ft_=qid.6423457139412004916%3Amf_story_key.1442021259154030%3Atop_level_post_id.1442021259154030%3Atl_objid.1442021259154030&__tn__=%2As

No comments:

Post a Comment