KELULUT.O.LOGI # 7 - Parasit atau simbion?
Sarang kelulut tidak ekslusif dan tidak hanya dihuni oleh kelulut sahaja. Malah banyak organisma lain yang menumpang berteduh. Sekali lihat, memang nampak sarang kelulut bersih. Namun 'berseribai' dengan bermacam-macam kehidupan. Ada organisma ini boleh dilihat oleh mata kasar dan ada yang kecil halus dan hanya boleh nampak menggunakan mikroskop (mikroskop cahaya atau mikroskop elektron).
Antara organisma yang biasa ditemui di dalam sarang kelulut ialah kutu, kumbang, kulat mutualis dan bakteria. Kehadiran mereka bukan secara kebetulan kerana masing-masing mempunyai peranan. Malah kelulut menjaga mereka dengan baik dan hidup dengan harmoni bersama.
Contoh mikrograf dari mikroskop elektron di bawah ialah sejenis kutu (Crypstostigma - coccids) yang melekat di bahagian abdomen kelulut (Tetragonula fuscobalteata). Kutu dari jenis ini menghasilkan wax dan juga cecair gula yang diambil dan digunakan oleh kelulut. Manakala kutu tersebut jadikan sarang kelulut sebagai teduhan.
Ada kumbang yang makan sisa buangan kelulut. Ada kulat yang memakan kulat parasit, Ada bakteria yang menjadikan nektar madu dan menjadikan madu stabil dan bemacam-macam lagi simbion menarik berlaku di dalam sarang kelulut.
Kehidupan ini amat memerlukan diantara satu sama lain. Hiduplah dengan harmoni. Kita makhluk simbion.
(Mikrograf cun hasil kerja dedikasi Puan Zubaidah Abu Hassan yang duduk berjam-jam 'skodeng' Scanning Electron Microscope)
#kelulutUMT
#UMT15tahun
Sumber rujukan : prof Shamsul Bahri Abd Razak..
No comments:
Post a Comment