Debunga (Pollen) ialah serbuk halus hingga kasar yang mengandungi mikrogametofit benih tumbuhan, yang menghasilkan gamet jantan yang diperlukan oleh pokok semasa proses pengsenyawaan bagi menghasilkan biji atau buah.
Polen Lebah (Bee Pollen) juga dikenali sebagai Roti Lebah (Bee Bread) yang dihasilkan oleh lebah kelulut dengan mengolah campuran di antara debunga, nektar dan air liur lebah kelulut. Dalam setiap koloni sarang lebah kelulut, roti lebah adalah makanan khusus untuk anak-anak lebah kelulut. Roti lebah ini sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai sumber nutrien semulajadi yang diperlukan oleh manusia.
Ia merupakan sebatian 40% protein yang rasanya masam dan kebiasaannya berwarna kuning keemasan. Hampir separuh dari kandungan protein roti lebah kelulut ini adalah dalam bentuk asid amino yang boleh digunakan terus oleh badan manusia.
Ujian klinikal juga menunjukkan bahawa partikel roti lebah yang dimakan oleh manusia akan terserap dengan mudah dan cepat melalui perut ke dalam salur darah. Dalam tempoh masa 2 jam selepas dimakan, partikel roti lebah ini telah dijumpai di dalam darah, cecair tulang belakang serebrum dan air kencing.
Polen lebah atau roti lebah ini mampu meningkatkan kesihatan badan, merangsang fungsi organ dan kelenjar serta meningkatkan kesuburan badan. Ia juga mampu membantu manusia mengekalkan paras tenaga dalam badan secara konsisten.
Roti lebah adalah berkalori rendah serta mengandungi pelbagai nutrien yang penting kepada manusia termasuklah 18 jenis asid amino. Ia juga membekalkan lebih dari 12 jenis vitamin, 28 mineral, 11 enzim, 14 asid lemak dan 11 karbohidrat. Roti lebah juga mengandungi bahan anti-oksida yang tinggi yang dapat meningkatkan imunisasi sel-sel badan manusia melawan radikal bebas dan kuman penyakit.
Di Malaysia khususnya, walaupun harga di pasaran agak tinggi dan sukar diperolehi namun roti lebah kelulut ini sememangnya diketahui sebagai makanan tambahan berkhasiat yang boleh membantu kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran badan dan berupaya meningkatkan kesuburan tubuh badan wanita untuk mendapatkan zuriat. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment