*CONTOH BEKAS:*
*☆Botol mineral besar (1.5 - 10 liter).*
*☆Balang kuih (stopples) [2.5 - 3.5 liter].*
*☆Tin biskut besar (untuk kelulut G.Thoracica dan Tetragonula Sp [kurang mesra perangkap botol]).*
*☆Haif kosong (untuk kelulut G.Thoracica dan Tetragonula Sp [kurang mesra perangkap botol]).*
*☆Log kosong (untuk kelulut G.Thoracica dan Tetragonula Sp [kurang mesra perangkap botol]).*
*UMPAN:*
*☆Propolis kelulut (yang dicairkan [corong keluar masuk atau kantung roti lebah atau kantung madu]).*
*KAEDAH MENCAIRKAN PROPOLIS:*
*☆Gunakan alkohol makmal (bukan arak) seperti ethanol atau methylated spirit dengan peratusan alkohol 94% - 95% [lambat untuk cair kerana larutan ini perlu diperam selama 7 hari di tempat yang gelap].*
*☆Gunakan kaedah 'pendidihan bertindih (double boiler)' [mudah dan cepat untuk mencair].*
*☆Rebus propolis dengan sedikit air (mudah dicairkan tetapi _tidak tahan lama_).*
*☆Jemur propolis di dalam bekas perangkap yang ditutup di tempat _yang panas_ seperti di dalam kereta sewaktu _panas matahari terik_ (Mudah tetapi lambat sedikit).*
*CARA MEMBUAT PERANGKAP:*
*☆Masukkan cecair propolis ke dalam perangkap dan goncangkan perangkap agar cecair propolis itu 'memenuhi' bahagian dalam perangkap.Kalau menggunakan _larutan alkohol,_pastikan bau alkohol itu _hilang sepenuhnya._*
*☆Tebukkan lubang pada bekas perangkap.*
*☆Balut perangkap dengan menggunakan _surat khabar_ atau _kotak nipis_ untuk mewujudkan lapisan 'penggelap' perangkap (jika menggunakan bekas lut sinar).*
*☆Balut perangkap dengan menggunakan _plastik sampah hitam_ agar perangkap itu menjadi gelap dan gamkan plastik itu dengan menggunakan pita pelekat (cello tape) agar plastik itu _tidak terbuka._*
*☆Pasangkan perangkap berhampiran koloni induk (sarang asal) kelulut,di dusun buah-buahan atau taman-taman bunga yang _dihadiri oleh kelulut_ dan di kawasan lubang yang dimasukki/ditinjau oleh kelulut 'peninjau (scout bees)'.*
*☆SILA SIMPAN MESEJ INI!!!☆*
No comments:
Post a Comment