SMART HIVE
Smart Hive (SH) ujud untuk menggantikan penggunaan log kayu. Ia merupakan inovasi oleh Centre Of Excellence on Kelulut, Pusat Flora Cheras, Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat Selangor.
SMART HIVE (SH) adalah satu inovasi yang menitik beratkan beberapa ciri khas untuk menjadikan hive lebih selesa dan sesuai digunakan dikawasan tropika yang sering mengalami perubahan suhu yang mendadak terutamanya ketika musim panas. Keadaan ini mengakibatkan gangguan terhadap "queen" dan menjadikan ianya tidak produktif lalu mengakibatkan proses perkembangan koloni terbantut hingga menyebabkan koloni menjadi mengecil. Akhirnya koloni yang tercari-cari "queen" ini akan berpindah menumpang pada koloni yang lebih aktif. Log tinggal kosong.
SH direka berdasarkan tuntutan penternak yang sering kecewa dengan reka bentuk hive sedia ada yang bersifat kedap udara. SH mempunyai keupayaan untuk melaras suhu secara semulajadi sekitar 25°C - 32°C bergantung dimana ia diletakan. Kadar kandungan CO² yang dihasilkan melalui proses pernafasan oleh kelulut dan mikro organisma akan ditentukan sekadar ± 0.04% sepertimana kandungan CO² diudara maya.
Kandungan CO² yang berlebihan di dalam udara dalam hive membuatkan udara didalamnya cepat bertukar menjadi panas dan beracun, seterusnya akan terkesan pada propolis dan koloni.
SH adalah pemangkin kepada kaedah penternakan yang menggunakan hive sedia ada pada hari ini. Penggunaannya bukan hanya sekadar hive ternakan. Ia amat sesuai digunakan sebagai "multiplication hive" bagi spesis kelulut jenis Trigona Itama dan Trigona Thoracica. Kerja-kerja membiak baka boleh dilaksanakan tanpa membelah log sepertimana kaedah sedia ada dan kelulut jenis Trigona Itama ianya hanya memerlukan masa lebih kurang 7-10 hari untuk mendapatkan satu koloni yang stabil lengkap dengan queen dan broadcell baru.
Bergerak menggunakan SH bukan sahaja beralih kesatu kaedah penternakan yang lebih terjamin malahan ia turut menyumbang kepada menyelamatkan banyak tumbuhan yang dimusnahkan. SH adalah teknologi Penternakan dan Pembiakan.
Lawat: http://akademikembara.com untuk cerita2 lain
Mcm mna design dlm hive tu
ReplyDeleteberapa ukuran hive untuk telur dan madu klanceng nya
ReplyDelete