Wednesday, May 31, 2017

Proses Ciklut Bertelur

untuk info. ratu thora atau htma xde bnyk beza dr segi fzkal. mksud sy saiz yg hmpir sama. klo xcya ley dtg tmpt sy n tngk log thora n hri2 bley tngk ratu nye tlur. dr. kntung tlur kosong hngga siap d bwt oleh ciiklut woker n lpstu dtg 2ciklut dwsa masuk kn air liur@benih&sperma. lpstu d susuli dgn quin kasi ending tlur tu. bru la woker td tutup hbis tlur tu. proses akn mkn msa lebing kurg 2mnt untk 1tlur. untuk spesis thora 2ciklut btina+1kli quin masuk kn sperma. untk htma 3btna+1kli quuin injet pungung dlm tlur n lpstu cara @step yg sama dgn thora. bgtulah proses untuk tlur yg ada dlm toping&log sahabat semua. untuk spesis damar tngk study. kemungkinan bsarr prosedur yg sama.

Cara Menangani Kulat Di Topping

*Tukar kotak Topping* itu dengan *Topping yang lain.*Letakkan kotak Topping yang *baharu* pada log itu. *Sebelum itu*,ambil sarang kelulut *di dalam kotak Topping itu*.

*Rawat* kotak Topping yang *telah dijangkiti kulat itu* dengan *_mengikis kulat itu_ dan lakukan _rawatan haba tinggi (bakar sedikit)_ kotak Topping itu.*

Tuesday, May 30, 2017

Tips Utk Tangani Musuh Kelulut

Nk tengok kumbang pollen..wat perangkap guna botol mineral yg ditebuk lubang pd dinding botol. Letak cuka Dlm botol berlubang itu. Kumbang tersebut tertarik akan bau masam cuka n masuk Dlm botol.

Ayam Masak Merah

Resepinya di bawah ni.

Ayam 200 ketul atau boleh lebihkan sekitar 220 ketul untuk bahan kuah ni.

Bahan tumis.
Bawang besar 1/2 kg- hiris nipis.
Bawang putih 2 labu- hiris nipis.
Halia besar ibu jari 2 ruas. Hiris nipis memanjang.
Daun pandan 3 helai. Simpulkan.
Minyak sapi 2 sudu makan.

*bahan mesin. (Mesin sampai halus. Kalau kasar kuah jadi berserdak. Tak sedap.)
4kg bawang besar
3 labu bawang putih
Halia besar ibu jari dalam 3 ruas.
Serai dalam 40 batang
Lengkuas potong lebih kurang sama kuantiti dengan halia.
Buah keras 3 genggam.
Cili merah dalam 20 batang.

Serbuk jintan manis 2 sudu makan.
Serbuk jintan putih 2 sudu

makan.
Serbuk cili 2 sudu makan.
Serbuk kaskas 5 sudu makan.
Serbuk lada 1 sudu makan.

*campurkan semua bahan serbuk di atas dalam bahan mesin selepas di mesin.

Cili kering mesin dengan minyak sikit dalam dua blender. Bagi hancur biji dia sekali. Rebus dulu cili kering tu.

Tomato Heinz tin 2 tin.
Tomato Kimball 3 tin.
Santan pekat 1kg. Boleh juga guna susu cair. Kalau guna susu cair, guna 2 tin.

Gula, garam dan aji.

Cara masak.

Goreng ayam 200 ketul. (1 ekor ayam potong 10 bahagian). Ketepikan. Guna minyak goreng ayam tu balik untuk menumis. Goreng ayam separuh masak. Kalau masak sangat nanti keras. Tak sedap.

Minyak untuk tumis bahan ni, agak-agak ya. Saya guna lebih kurang dua blender.

Minyak dah panas, masukkan bahan tumis. Masak sampai sedikit kuning, jangan garing sangat nanti tak sedap. Lepas bahan tumis dah masak, masukkan cili kering blender tadi. Tambah air dalam satu balang blender atau lebih sikit. Tapi air jangan banyak sangat. Masak cili kering tu sampai pecah minyak.

Lepas cili kering dah masak, masukkan bahan blender tu yang sekali dengan bahan-bahan serbuk rempah tadi. Tambah air dalam 2 balang blender lagi. Masak kuah sampai mendidih dan agak-agak pecah minyak.

Bila nampak kuah dah masak, (pecah minyak) masukkan bahan-bahan tin dan santan. Tengok kuah macam mana. Kalau nampak pekat, tambah air sikit lagi. Tapi pastikan kuah tak cair sangat. Masak merah ni kena kuah berpalut sikit pada ayam. Tapi jangan pekat sangat na.

Bila semua kuah dah masak, masukkan garam, gula dan aji. Perasakan ikut sesuai dengan lidah kita. Perlahankan api. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Sambil kacau rata. Waktu kacau tu, jangan kasar sangat nanti ayam hancur. Kuah kalau boleh lebih sedikit dari paras ayam.

Waktu ni kena buka api paling kecil. Biar dia mendidih perlahan sampai pecah minyak. Dalam dua puluh minit macam tu.

*Bahan hias.
Karot dua biji. Hiris halus memanjang
Bawang besar 6 biji- hiris bulat, nipis.
Cili merah  8-10 biji- belah dua
Buah tomato 4 biji- hiris bulat.
Daun sup campur daun bawang- hiris dalam 1 inci. Potong dalam 5-6 pokok.

Masa kecilkan api tu boleh taburkan sekali bahan hias tu.

Selamat mencuba..

Sunday, May 28, 2017

Pecah Koloni #2

TEKNIK PECAH KOLONI - PRO & KONTRA

Apa itu pecah koloni

Pecah koloni adalah satu teknik menggandakan koloni kelulut dengan cara memecahkan koloni tersebut menjadi dua. Secara konsepnya teknik ini membolehkan kita mendapatkan lebih banyak koloni tanpa perlu menebang pokok dan tanpa perlu membeli log yang mahal. Idea pecah koloni ini juga kadang-kadang diberikan slot khas dalam kursus penternakan kelulut untuk penternak baru.

Perkara wajib pecah koloni

Bagi mereka yang berminat dengan teknik ini hendaklah mengetahui perkara paling WAJIB ada dalam teknik pecah koloni iaitu kewujudan RATU dan calon TELUR RATU. Setelah memastikan dengan jelas kewujudan ratu dan calon telur ratu maka perkara kedua ialah memastikan koloni tersebut adalah koloni yang super kuat!!..fahamkan 2 perkara ini betul-betul terutama sekali kepada mereka yang ghairah untuk mencuba.

Ada pendapat mengatakan hanya koloni kuat yang mengandungi 30 lapisan telur boleh dilakukan pecah koloni. Jika kurang dari itu jangan lakukan teknik ini. Pemecahan koloni dilakukan dengan membahagikan sel telur dan pekerja menjadi dua. Sel telur yang mengandungi calon telur ratu diletakkan di kotak baru bersama-sama pekerja manakala ratu asal dibiarkan dalam kotak lama bersama sebahagian pekerja. Kaedah ini akan memperlihatkan kejayaan atau kegagalan dalam tempoh 4-6 bulan berikutnya. Indikasi kejayaan dapat dilihat apabila kelulut mampu bertahan sekurang-kurangnya 5 bulan.

Perdebatan pro dan kontra

Bagaimanapun teknik ini mendapat perbincangan pro dan kontra terutama sekali oleh penternak baru dan lama. Tidak dinafikan ada yang berjaya menggandakan koloni dengan kaedah ini tetapi dengan peratus kegagalan yang tinggi. Penternak yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini menyaksikan bahawa pemecahan koloni hanya akan menyebabkan koloni lemah dan akhirnya pupus.

Calon telur ratu dilaporkan menetas lebih lama berbanding telur biasa menyebabkan kepupusan koloni apabila pekerja yang ada mati satu per satu mengikut usia masing-masing. Manakala ratu pada kotak asal menghadapi masalah jurang ketiadaan pekerja yang ramai akibat pemecahan koloni. Hal ini menyebabkan koloni makin lemah dan berakhir dengan kepupusan atau ratu lari meninggalkan sarang bersama sisa pekerja yang ada.

Biasanya tempoh 3 bulan selepas pemecahan kejayaan atau kegagalan sudah dapat dilihat. Jika berjaya koloni akan terus bertambah dan berkembang sihat tetapi jika gagal dapat dikesan dengan pengecilan corong masuk dan kematian pekerja. Kelulut yang masih sihat akan mengheret keluar kelulut yang sudah mati.

Tidak hairanlah bagi otai kelulut berpendapat lebih baik mempunyai 1 koloni yang kuat daripada mempunyai 2 koloni yang lemah.

Cadangan alternatif

Kaedah yang lebih selamat dan kurang risiko koloni jadi lemah dan pupus
1. Teknik perangkap kerumunan
2. Teknik eduksi
3. Sistem 3 tingkat
Di kesempatan yang lain kita akan membincangkan topik ini pula.

Kepada rakan-rakan yang mahu mencuba teknik  pecah koloni dinasihatkan berguru kepada mereka yang sudah pernah mencubanya. Jangan berlaku zalim kepada kelulut dengan melakukan pemecahan tanpa ilmu yang cukup. Ruangan ini sekadar teori dan perkongsian maklumat untuk rakan yang bertanya teknik ini.

Sebarang pertukaran pendapat dan pengalaman dari sahabat yang lain sangat dialu-alukan..

Saturday, May 27, 2017

Propolis

CARA MUDAH NIKMATI PROPOLIS

Dalam propolis ada bahan larut air (water soluble). Untuk nikmati kebaikan nutrient dari propolis, ambil beberapa pot kosong madu kelulut, letak ke dalam botol, tambahkan air. Biarkan semalaman (pada suhu bilik) @ 24 jam (dalam peti sejuk). Nikmati propolis infused water selepas tu. Tambah air lain utk 3 kali penggunaan dan buang saki baki lilin pot tadi.
Saranan : Dr Noorul Badriah HUSM
*InsyaAllah baik utk pencegahan cancer, rawatan darah tinggi dan kesihatan umum. (Journal reference required)
*superfood #propolis*

Friday, May 26, 2017

Khasiat Madu & Kayu Manis

✅Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

✴Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan
(sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

✴Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

✴Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

✴Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

✴Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

✴Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut
dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

✴Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

✴Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

✴Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

✴Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

✴Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

✴Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

✴Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

✴Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

✴Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

✴Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

✴Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

✴Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

👉Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Wednesday, May 24, 2017

About Madu

Makan Madu Secara Terus

1. Madu bersifat asidik dan pengambilan langsung madu kedalam mulut akan rangsang enzim2 seperti amilase dan liur yang bersifat neutral untuk mengimbangi keasidan madu. Kaedah ini lebih sesuai untuk pesakit gastrik.

2. Pencernaan awal oleh enzim-enzim di mulut juga membantu mempercepatkan penyerapan madu dalam sistem pencernaan.

3. Madu mempunyai antibiotik semulajadi yang boleh membunuh mikroorganisma tidak baik didalam mulut dan tekak.

4. Madu mempunyai bahan anti-cancer yang berpotensi mencegah oral cancer.

5. Madu sensitif dengan pemanasan dan pemprosesan yang boleh merosakkan zat madu.

Oleh itu, madu wajar diambil mentah secara terus ke mulut dan bukan yang didalam bentuk kapsul atau softgel atau diproses melalui masakan atau bancuhan langsungdengan bahan lain  yang boleh merosakkan sifat madu.

#honeygoldlab
#gonatural

About Kelulut

[5/24, 11:48 PM] ‪+60 10-301 3739‬: Dari Tn Hj Najib Hj Din..

Memandangkan ramai yang masih keliru dengan spesis2 kelulut di Malaysia ni...Harini moh teman mulakan dulu dengan pemahaman mengenai Genus dan Spesis kelulut ni secara berperingkat...

#Genus dalam bahasa kampung yang mudah kita nak paham ialah Kumpulan...

#Spesis pula dalam pemahaman mudah ialah Adik-Beradik yang ada di dalam sesebuah Kumpulan Kelulut tersebut..

#contohnya dalam Genus(kumpulan)Heterotrigona...
Ada 3 Spesis(adik-beradik) dalam genus tersebut..,
-Heterotrigona itama
-Heterotrigona erythrogastra
-Heterotrigona bakeri

Berikut pula adalah Spesis2 Kelulut yang terdapat di Asia terutamanya di Malaysia mengikut Genus oleh Moure(1961),Schwarz(1939),Sakagami(1975) dan Sakagami&Inoue(1987)...,

Selamat Mentelaah bagi Yang Berminat Mengetahui...

1.Genus Heterotrigona Schwarz 1939;
-H.itama(Cockerell,1918)
-H.bakeri(Cockerell,1919)
-H.erythrogastra(Cameron,1902)

2.Genus Geniotrigona Moure 1961;
-G.thoracica(Smith,1857)
-G.insica(Sakagami&Inoue,1989)
-G.lacteifasciata(Cameron,1902)

3.Genus Tetrigona Moure 1961;
-T.apicalis(Smith,1857)
-T.melanoleuca(Cockerell,1929)
-T.peninsularis(Cockerell,1927)
-T.binghami(Schwarz,1937)
-T.vidua(Lepeletier de Saint Fargeau,1836)

4.Genus Homotrigona Moure 1961;
-H.fimbriata(Smith,1857)
-H.aliceae(Cockerell,1929)
-H.anamatica(Friese,1909)
-H.lutea(Bingham,1897)

5.Genus Lepidotrigona Schwarz 1939;
-L.arcifera(Cockerell,1929)
-L.doipaensis(Schwarz,1939)
-L.flavibasis(Cockerell,1929)
-L.ventralis(Smith,1857)
-L.throchanterica(Cockerell,1920)
-L.terminata(Smith,1878)
-L.palavanica(Cockerell,1915)
-L.nitidiventris(Smith,1857)
-L.latipes(Friese,1900)
-L.latebalteata(Cameron,1902)
-L.javanica(Gribodo,1891)
-L.hoozana(Strand,1913)

6.Genus Lophotrigona Moure 1961;
-Lophotrigona canifrons(Smith,1857)

7.Genus Odontotrigona Moure 1961;
-Odontotrigona haematoptera(Cockerell,1919)

8.Genus Lisotrigona Moure 1961;
-L.carpenteri(Engel,2000)
-L.mohandasi(Jobiraj&Narendran,2004)
-L.furva(Engel,2000)

9.Genus Sundatrigona Inoue&Sakagami 1993;
-Sundatrigona moorei(Schwarz,1937)
-Sundatrigona lieftincki(Sakagami&Inoue,1987)

10.Genus Pariotrigona Moure 1961;
-Pariotrigona pendleburyi(Schwarz,1939)
-Pariotrigona klossi(Schwarz,1939)

11.Genus Tetragonilla Moure 1961;
-T.atripes(Smith,1857)
-T.collina(Smith,1857)
-T.rufibasalis(Cockerell,1918)
-T.fuscibasis(Cockerell,1920)

12.Genus Platytrigona Moure 1961;
-Platytrigona atricornis(Smith,1865)
-Platytrigona hobbyi(Schwarz,1937)
-Platytrigona flaviventris(Friese,1909)
-Platytrigona planifrons(Smith,1865)
-Platytrigona lamingtonia(Cockerell,1929)

13.Genus Tetragonula Moure 1961;
-T.zucchii(Sakagami,1978)
-T.valdezi(Cockerell,1918)
-T.testaceitarsis(Cameron,1901)
-T.sirindhornae(Michener&Boongird,2004)
-T.sarawakensis(Schwarz,1937)
-T.sapiens(Cockerell,1911)
-T.ruficornis(Smith in Home&Smith,1870)
-T.reepeni(Friese,1918)
-T.praeterita(Walker,1860)
-T.penangensis(Cockerell,1911)
-T.pagdeniformis(Sakagami,1978)
-T.pagdeni(Schwarz,1939)
-T.minor(Sakagami,1978)
-T.minangkabau(Sakagami,1978)
-T.mellipes(Friese,1898)
-T.melina(Gribodo,1893)
-T.melanocephala(Gribodo,1893)
-T.leaviceps(Smith,1857)
-T.iridipennis(Smith,1854)
-T.hockingsi(Cockerell,1929)
-T.hirashimai(Sakagami,1978)
-T.gressitti(Sakagami,1978)
-T.geissleri(Cockerell,1918)
-T.fuscobalteata(Cameron,1908)
-T.drescheri(Schwarz,1939)
-T.devicta(Cockerell,1921)
-T.davenporti(Franck,2004)
-T.dapitensis(Cockerell,1925)
-T.clypearis(Friese,1909)
-T.carbonaria(Smith,1854)
-T.biroi(Friese,1898)
-T.bengalensis(Cameron,1897)

Terima Kasih kerana Membaca.....
[5/24, 11:48 PM] ‪+60 10-301 3739‬: By Prof Shamsul Bahri Abd Razak
Kelulut mempunyai sepasang sesungut yang disebut antena. Sesungut ini merupakan deria utama kelulut. Tanpa antena ini kelulut akan hilang arah dan tujuan.

Ia digunakan untuk menghidu dan kadang-kadang untuk merasa dan juga mendengar (getaran). Antena ini dilengkapi oleh bulu-bulu halus dan receptor (oldfactory receptor) bagi menghidu molekul bauan termasuk bau feromon.

Selain daripada itu antena juga boleh bertindak sebagai sensor kelembapan yang boleh mengesan perubahan kandungan wapair udara.

Antena kelulut jantan dan betina berbeza dari segi panjang. Kelulut betina mempunyai 12 segmen (flagellum, pedicel dan scape) manakala kelulut jantan 13 segmen.

Ini menjelaskan kenapa kelulut tidak sesat pulang kesarang atau koloni lain. Ada lebuhraya feromon spesifik (unique and specific pheromone highway) yang telah disiapkan oleh kelulut peninjau  (scout stingless bee) yang kerjanya membuat lebuhraya ini setiap hari.
[5/24, 11:48 PM] ‪+60 10-301 3739‬: Dr Tn Hj Najib Hj Din

Moh kita selidik secara ringkas apa yang sering Kelulut2 kita buat setiap hari dan apa yang mereka bawak pulang ke sarang/log....

Jika kita amati betul2 balik..,biasanya kelulut akan balik ke sarang mereka dengan membawa sesuatu di hujung kaki belakang depa...,Apakah ia?

1.Kalau depa bawak balik kat hujung blakang kaki warnanya kuning keemasan/oren itu biasanya Pollen/Debunga,biasanya untuk makanan Ratu dan Anak...

2.Kalau depa bawak balik kat hujung blakang kaki tu warnanya putih,coklat dan kadang2 hitam..,itu maknanya depa bawak balik resin atau sap untuk binaan2 propolis...

3.Kalau depa balik kosong ja takda apa2 kat hujung kaki blakang tu..,cuba perhati perut depa..,konpem gemuk sikit dan bersinar sbab ada nektar/madu kat dalam perut depa...
[5/24, 11:48 PM] ‪+60 10-301 3739‬: Dari Tn Hj Najib Hj Din..

Serba sedikit teori penerangan mengenai ciri2 Fizikal Asas yang ada pada tubuh badan Kelulut2 ternakan anda...,

Sekadar penambahan ilmu Percuma(bukan Krosus berbayaq)kepada yang newbie2 dan yang berminat nak Mengetahui...,

Sifu2 dan Otai2 sila abaikan dari Membaca sebab konpem hangpa2 semua dah tau dan tak perlu dibagitahu lagi...,ermmmm

Tahukah Anda?

*Kelulut Mempunyai sesungut/antena yang berfungsi untuk mengesan bau dan mengukur kelajuan penerbangan...,

*Kelulut Mempunyai belalai/proboscis yang berfungsi untuk Menyedut dan Memindahkan cairan...,

*Kelulut Mempunyai 5 biji mata iaitu;
1. 2 biji Mata Kompaun(depan muka)yang berfungsi untuk penglihatan jauh dan warna..,
2. 3 biji Mata Ocelli(belakang atas kepala)yang berfungsi untuk penglihatan dekat dan menentukan intensiti cahaya..,

*Kelulut Mempunyai rahang yang berfungsi untuk Menggigit,Memotong dan Melukakan pokok...,

*Kelulut Mempunyai 3 pasang kaki yang berfungsi untuk berjalan dan kaki belakang yang berfungsi untuk membawa debunga&resin...,

*Kelulut Mempunyai 2 pasang sayap yang berfungsi untuk terbang apabila depa dewasa...,

*Kelulut sama dengan serangga2 lain dan mempunyai Otak yang sering dipanggil Ganglion Cerebrum...,Terletak dalam kepala diatas oesophagus nya..
[5/24, 11:48 PM] ‪+60 10-301 3739‬: Dari Tn Hj Najib Hj Din..

Apakah itu Feromon?

*Feromon ialah sejenis bahan kimia yang dirembeskan oleh sesuatu haiwan yang boleh mempengaruhi perkembangan dan tabiat haiwan lain yang sama Spesis dengannya..

Dalam skop/konteks Kelulut,feromon boleh dikatakan secara mudah nak faham ialah seperti Bau yang dirembeskan oleh Pekerja/Worker dalam meninggalkan sesuatu jejak sumber..,Manakala bagi Ratu pula ia adalah untuk tarikan seks kepada Pejantan...

Apakah itu Swarming?

*Swarming ialah Kerumunan dan ia adalah Proses Semulajadi pembiakan bagi sesebuah Koloni Kelulut...,

Bilakah time/masa depa2 kelulutni selalu Swarming?

*Swarming akan berlaku apabila salah satu Telur Ratu dalam Sesebuah Koloni itu mula menetas..,Apabila menetas,ratu baru ini akan mengeluarkan satu Bau Feromon yang akan menarik Perhatian Penjantan2/Drones2 supaya bersiap sedia untuk Mengawan...,

Harus di Ingat!Feromon dari Ratu baru ini Hanya akan menarik perhatian Pejantan2 yang sama Spesis sahaja untuk Mengawan...,Contohnya kalau Swarming berlaku pada log Spesis T.apicalis,hanya Penjantan2 dari spesis T.apicalis sahaja akan tertarik untuk Mengawan dah bukannya dari spesis H.itama atau lain2 Spesis..,

Jadinya...,Apa yang Teman nak highlightkan ialah,Jangan Terkejut Jika anda berdepan Situasi Kelulut saling berbunuhan di depan corong...,

Jika anda Menternak 25 log/sarang Spesis H.itama,dan tatkala 1 log dari kesemuanya itu telah Menetaslah satu Telur Ratunya..,Feromon dari Ratu Baru itu secara alami dan tak langsung akan menarik Perhatian Pejantan2 dari 24 log H.itama yang lain untuk Mengawan jugak...,Makanya Perang bakal Berlaku...
[5/24, 11:48 PM] ‪+60 10-301 3739‬: Flavonoid adalah sejenis zat semulajadi dari tumbuhan..,Propolis merupakan salah satu sumber flavonoid yang tertinggi..,Banyak kajian telah membuktikan kesan baik flavonoid termasuklah antibakteria,antivirus,merawat keradangan,mencegah kanser dan bermacam macam lagi khasiatnya...

Jadinya..,Kebaikan yang boleh diperoleh daripada Menternak Kelulut ni bukanlah hanya Sekadar pada Madunya sahaja..,Malah,Propolis2 depa ni pun amat tinggi Nilai Khasiatnya jika DiKaji secara mendalam..,

Untuk Pengetahuan,Propolis terhasil dari campuran Ajaib air liur Kelulut yang telah diolah bersama Resin dari pokok2 terpilih...,
[5/24, 11:48 PM] ‪+60 10-301 3739‬: Debunga (Pollen) ialah serbuk halus hingga kasar yang mengandungi mikrogametofit benih tumbuhan, yang menghasilkan gamet jantan yang diperlukan oleh pokok semasa proses pengsenyawaan bagi menghasilkan biji atau buah.

Polen Lebah (Bee Pollen) juga dikenali sebagai Roti Lebah (Bee Bread) yang dihasilkan oleh lebah kelulut dengan mengolah campuran di antara debunga, nektar dan air liur lebah kelulut. Dalam setiap koloni sarang lebah kelulut, roti lebah adalah makanan khusus untuk anak-anak lebah kelulut. Roti lebah ini sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai sumber nutrien semulajadi yang diperlukan oleh manusia.

Ia merupakan sebatian 40% protein yang rasanya masam dan kebiasaannya berwarna kuning keemasan. Hampir separuh dari kandungan protein roti lebah kelulut ini adalah dalam bentuk asid amino yang boleh digunakan terus oleh badan manusia.

Ujian klinikal juga menunjukkan bahawa partikel roti lebah yang dimakan oleh manusia akan terserap dengan mudah dan cepat melalui perut ke dalam salur darah. Dalam tempoh masa 2 jam selepas dimakan, partikel roti lebah ini telah dijumpai di dalam darah, cecair tulang belakang serebrum dan air kencing.


Polen lebah atau roti lebah ini mampu meningkatkan kesihatan badan, merangsang fungsi organ dan kelenjar serta meningkatkan kesuburan badan. Ia juga mampu membantu manusia mengekalkan paras tenaga dalam badan secara konsisten.

Roti lebah adalah berkalori rendah serta mengandungi pelbagai nutrien yang penting kepada manusia termasuklah 18 jenis asid amino. Ia juga membekalkan lebih dari 12 jenis vitamin, 28 mineral, 11 enzim, 14 asid lemak dan 11 karbohidrat. Roti lebah juga mengandungi bahan anti-oksida yang tinggi yang dapat meningkatkan imunisasi sel-sel badan manusia melawan radikal bebas dan kuman penyakit.

Di Malaysia khususnya, walaupun harga di pasaran agak tinggi dan sukar diperolehi namun roti lebah kelulut ini sememangnya diketahui sebagai makanan tambahan berkhasiat yang boleh membantu kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran badan dan berupaya meningkatkan kesuburan tubuh badan wanita untuk mendapatkan zuriat. Wallahua’lam.
[5/24, 11:49 PM] ‪+60 10-301 3739‬: By Prof Shamsul Bahri Abd Razak

Fakta @ Auta.. Tempayan madu plastik.

Pernah suatu ketika isu penggunaan tempayan madu plastik (Polyurethene) yang diletakkan di dalam sarang kelulut hangat dipekatakan.

Mengapa tempayan plastik digunakan? Antara lain saya difahamkan untuk keseragaman  (1 lapisan tempayan madu). Mudah sedut madu. Dah mungkin juga  nampak cantik (astetik).

Apa kesan tempayan plastik terhadap kualiti madu? Itu persoalan paling penting.

Lantas saya bersama beberapa penyelidik dari UMT mengambil inisiatif untuk merungkai polemik tersebut. Perlu ada data yang betul bagi menyokong fakta.

Bercakap tanpa fakta yang betul dan jelas merupakan satu penyelewangan dan boleh menyongsang fikiran umum. Tidak boleh agak-agak dan ikut logik akal.

Beberapa kajian telah dilakukan. Data untuk kandungan Ph, gula, kandungan asid, kandungan air, kandungan mineral, enzim madu dan beberapa lagi ciri (Physicochemical properties of honey) telah dianalisa. Madu dari tempayan plastik vs madu tempayan asli (propolis).

Keputusannya TIADA perbezaan yang ketara/signifikan.

Namun apabila rakan saya Dr Mohd Nizam Bin Lani, pakar mikrobiologi makanan menguji kandungan mikroflora (beneficial microbes), keputusannya amat mengejutkan.

Madu dari tempayan plastik samada mengandungi aktiviti mikrob yang amat rendah atau tidak ada aktiviti mikrob langsung.

Ini maklumat penting. Madu lebah atau madu kelulut berkhasiat kerana sumbangan kesemua mikroflora di dalam madu. Tiada mikrob berguna bermakna khasiat madu pun berkurangan.

Jika hendak madu ori, semuanya perlu ori juga.
[5/24, 11:49 PM] ‪+60 10-301 3739‬: Dari Tn Hj Najib Hj Din

Salam Hujung Minggu buat semua warga KPLK&LM..,harini Moh Kita refresh balik serba sedikit peranan Watak2 Penting yang ada dalam Sesebuah Koloni Kelulut...,

Khas Untuk Newbie2 dan Peminat2 Kelulut yang Baru nak Mengenali Kelulut..,Yang Otai2/Sifu2/Cikgu2 takyah baca pun takpa,sebab anda dah Terer...,Mmmmm

PERANAN KELULUT JANTAN(Drone);

#Berperanan mengawani ratu dara..

#Bila ratu dara matang mengeluarkan feromon isyarat ingin mengawan,pejantan(drone) akan berkumpul secara padat di hadapan pintu sarang selama beberapa hari atau minggu..

#Pejantan akan mengawan di udara sambil terbang dan hanya yang bernasib baik akan mendapat peluang mengawan..

#Sedihnya,setelah mengawan,pejantan(drone) tersebut akan mati..

PERANAN RATU(Queen);

#Sentiasa bertelur dan bertelur..

#Hanya akan ada seekor ratu yang matang dalam koloni.

#Ratu dara akan berpindah untuk membentuk koloni baru dan mengawan.

#Ratu lama tidak akan meninggalkan sarang dan sedia untuk bertelur sehingga 150-300 biji sehari(masa produktif),sambil kehidupan hariannya diasuh oleh kelulut pekerja..

#Jika ada keperluan membentuk koloni baru atau menggantikan ratu yang kurang produktif,barulah ratu dara akan dibenarkan hidup.Ratu lama mungkin akan mati atau dibunuh untuk diganti dengan ratu yang muda....

PERANAN KELULUT BETINA(Worker);

#Kerja cerumen-membina atau membaiki sel2 dan kantung2 baru dan lama dan keseluruhan sesawang serta batumen(dinding sarang)..

#Pembinaan sel telur-bekerja di dalam atau di tepi sel dalam pembinaan..

#Membina atau membaiki involukrum..

#Mengumpul resin dan debunga(pollen)-pekerja membawa resin pollen ke dalam sarang..

#Mengipas sarang-mengawal suhu dalaman menggunakan sayap..

#Menjaga pintu masuk sarang-pekerja mengawal di pintu masuk ke dalam sarang..

#Pembersihan sarang-pekerja membersihkan sarang daripada kekotoran dan anasir2 yang tidak diingini..

Terima Kasih kerana Sudi Membaca..,Maaf jika teman ada terkasar Bahasa...TQ

Perangkap #2

Balik dari keja tetiba tengok cik lut berkepul kepul keluar dan ada yg dah berbunuh bunuhan..terus alihkan perangkap ke tiang berdekatan..tak tahu apa yg berlaku sebenarnya tapi ramai pula yg beralih ke perangkap sana..

BIARKAN SAHAJA PERANGKAP itu kerana 'PENGURUMAN' KELULUT TELAH BERLAKU!!!

Biasanya apabila penguruman berlaku, ratu muda akan turut masuk ke dlm perangkap/sarang baru.








Tuesday, May 23, 2017

Tips Penjagaan Kelulut

Paling utama penjagaan
1. Jgn letak tempat panas. Saya d pahamkan suhu yg paling ideal  utk dlm log dan topping sekitar 27 ° c...
2. Pastikan tiada ganguan cicak, katak, semut, bsf, kumbang tapir.
3. Cukup sumber mineral (air, garam)
4. Cukup sumber sekeliling (nektar dan resin)  dalam linkungan 500 meter radius.  Radius kawasan ni semakin lama semakin besar kawasan pencarian dia setelah kelulut kuat dan dan terokoi kawasan tersebut.
5. Musim hujap kerap mcm skrg ni jgn sedut sepenuhnya madu. Sedut 3/4 topping sahaja. Nanti kelulut jd lemah.
6. Dll.... Kalau ada yg tambah.
Saya pun sedang nk kuasai dan fahamkan.... Masih belajar.

Pecah Koloni #1

Nak pecah koloni tunggu ada telor dlm. kotak topping......buat sementara log ni boleh guna untuk dapatkan pekerja angkat bagi log lemah.

Pecah koloni perlu ada anak@telor yg. akan kita letak dlm.log hive baru. Biasanya kita ambil dari log kuat yg. naik bertelor dlm kotak topping bersama dgn. telor calon ratu. Pekerja juga perlu dibahagi kpd.2 separuh ditinggalkan pd. log asal & separuh lagi dimasukan ke log baru. Ada banyak step yg. sukar dijelaskan secara terperinci.........perlukan praktikal. Bagi menguatkan kembali log lemah....kita hanya perlu usik log kuat supaya pekerja keluar & alihkan jarak 2 kaki & letakan log lemah ditapak asal log kuat supaya pekerja dari log kuat masuk kedlm. log lemah & menjadi pekerja angkat log lemah....dlm. masa 2 bln. log lemah akan menjadi kuat kembali.

HMF Dalam Madu

HMF Dalam Madu.

Saya diminta memberi pendapat mengenai isu ini. Sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan
Epidemiologi NCD, setelah merujuk artikel2 termasuk artikel asal " Toxic compounds in honey. Md. Naszmul Islam
et al. Journal of Applied Toxicology 34(7):733-742. July 2014.

Berikut adalah pendapat ringkas saya:
1. Madu lebah dan madu kelulut mempunyai banyak khasiat kpd manusia untuk tujuan wellness, perawatan,
personal-care dan kosmetik.

2. Madu lebah dan madu kelulut yang tidak diproses (raw) adalah terbaik di ikuti oleh madu yg proses (dipanas dan dikeringkan). Manakala madu tiruan, madu campuran boleh mendatangkan
mudharat dalam masa panjang.

3. Secara amnya , madu asli Tidak mempunyai tempoh luput atau "expiration date". Madu asli dan "treated honey" yg proses, disimpan dlm bekas
berseal dan ditempat yg betul boleh bertahan berdekad2 malah berkurun. Walaubagaimanapun, madu boleh terjejas akibat suhu panas, bekas simpana,
kandungan asid dan kandungan air. Atas
sebab2 praktikal, Tempoh masa 2 tahun
selalu disebut sebagai tempoh masa
luput. Kerana itu pihak berkuasa
makanan di kebanyakan negara tidak
mewajibkan label tarikh luput.

4. HMF atau Hydroxvmethylfurfural
terhasil dari proses pengeringan atau
pembakaran beberapa jenis gula atsu
karamel. Tidak terdapat dalam makanan
segar kecuali makanan bergula yg telah
melalui proses pemanasan atau
pengeringan. Banyak terdapat dalam kek,
roti bakar, biskut, jem, cuka, produk
alkohol, kopi, buah-buahan kering dan
sebagainya. Terdapat juga dalam kuantiti
yg sedikit dlm jus, susu UHT dan madu
yg diproses dan dipanaskan dgn suhu
tinggi dan tempoh yg lama.

5. HMF boleh bertukar menjadi SMF atau
5-sulfoxymethylfurfural yg merupakan
karsinogenik yg boleh menyebabkan
kanser dalam ujian in vitro dan in vivo
pada tikus dan boleh menjadi satu faktor
risiko kanser kpd manusia akibat
pendedahan yg tinggi dan lama.

6. Madu secara hakikinya, dihasilkan oleh
lebah dan kelulut berfungsi utk simpanan
makanan bagi masa yg lama bagi
kelangsungan generasi mereka. Oleh itu
madu secara natural nya memang boleh
bertahan bertahun2 lamanya.

7. Namun, akibat permintaan komersial,
keuntungan yg cepat dan sikap rakus
manusia, selain madu asli yg "raw"
terdapat byk juga madu yg diproses tidak
sempurna, madu campuran ( blended/
adultrated/ mixed), dan madu tiruan yg
pastinya mempunyai tempoh luput yg
berbeza.

8. Sebagai amalan kesihatan pencegahan
yg baik, kita harus mengutamakan
makanan segar dan kurang/ tidak
diproses termasuk MADU LEBAH DAN
MADU KELULUT ASLI yg diguna/
dimakan dalam masa yg singkat selepas
dituai. Patuhi tempoh luput yg pendek
dan ketahui bahan karsinogenik yg lain
bukan setakat HMF dan madu sahaja.

9. Kementerian Kesihatan Malaysia telah
meletakkan standard madu di bawah
Peraturan 130, Peraturan- Peraturan
Makanan 1985, Akta Makanan 1983 dan
memperkenalkan Skim Sijil Makanan
Autentik bagi madu mulai Januari 2016
bagi tujuan kawalan mutu.
Walaubagaimanapun TIADA lagi standard
madu kelulut Malaysia.

10. Penyakit kanser yg utama di Malaysia
ialah kanser paru-paru, kanser kolorektal,
payudara, cervical/ pangkal rahim,
gastrointestinal, NPC serta lymphoma
dan leukemia. Antara faktor risiko yg
utama ialah asap rokok, beratbadan
berlebihan, jangkitan virus, pemakanan,
tidak ada imunisasi, bahan kimia dalam
ubat dan bahan kosmetik tidak berdaftar.
Semua boleh dicegah dan di minimakan
kesannya dgn amalan kesihatan dan
pemakanan yg baik.

11. Jika anda mahu mendapat manafaat,
selamat dan khasiat yg terbaik dari
madu, dapatkan Madu kelulut atau Madu
lebah yg ASLI dan Raw dari sumber2 yg
mengamalkan " Good Agriculture dan
Good Manufacturing Practice " yg sahih
dan anda ketahui. Cara packaging dan
simpanan juga penting. Terutama bagi
MADU KELULUT yg masih belum ada
parameter standard.
Semoga penerangan ringkas saya ini
dapt memberi manafaat kepada
masyarakat.
Ikhlas:
Dato' Dr Zainal Ariffin Omar DSAP,
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan
Awam dan Epidemiologi NCD.
Amaravilla Homegarden Seremban.
22.05.2017

Rujukan:
1. " Toxic compounds in honey. Md.
Naszmul Islam et al. Journal of Applied
Toxicology 34 (7):733-742. July 2014.
2. Zdzislaw E. Sikorski. Chemical and
functional properties of food components.
CRC Press 2017.
3. Wikipedia/ hydroxvmethylfurfural.
Access 22.5.2017.
4. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
Peraturan Makanan 1985.
5. National Honey Board. USA. Access
21.5.2017.
6. How long does last? http://
www.Eatbydate.com. Access
22.05.2017.
7. WHO. Healthy diet. Factsheet.

#copy&paste from fb Zainal Omar
https://mobile.facebook.com/story.php?story_fbid=1699344483428917&id=100000601444902&refid=18&ref=opera_speed_dial&_ft_=qid.6423457139412004916%3Amf_story_key.1442021259154030%3Atop_level_post_id.1442021259154030%3Atl_objid.1442021259154030&__tn__=%2As

Tips Rawatan Madu Kelulut

TIPS Rawatan MADU KELULUT

Selamat Mencuba!

🅾👉GASTRIK👈
Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam.

🅾👉DEMAM👈
Ambil 2 sudu kecil madu kelulut dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .

🅾👉KANSER USUS👈
Boleh disembuhkan dengan gunakan madu kelulut yang dimakan sebanyak 3 sudu kecil dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu kelulut dengan segelas air putih sebelum tidur malam.

🅾👉CIRIT BIRIT👈
Campurkan 2 sudu madu kelulut dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.

🅾👉ANTIBIOTIK👈
1 sudu kecil madu kelulut dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari

🅾👉BATUK👈
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu kelulut. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. Atau: 1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu kelulut. Limau nipis diperah dalam air madu kelulut. Minum 3 kali sehari

🅾👉BIBIR PECAH👈
1 sudu kecil madu kelulutdi tempat bibir yang pecah

🅾👉KENCING MANIS👈
dinasihatkan agar makan 1 sudu kecil madu kelulutsebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam.

🅾👉BENGKAK/BENJOL👈
1 sudu besar madu kelulut + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak

🅾👉CERDAS👈
2 sudu kecil madu kelulut + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

🅾👉CERGAS👈
Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

🅾👉DARAH TINGGI👈
1 sudu kecil madu kelulut di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

🅾👉DARAH KURANG (Anemia)👈
Makan 3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.

🅾👉KUDIS👈
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu kelulut, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

🅾👉LUKA👈
Sapukan pada luka. Gunakan madu kelulut dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.

🅾👉SAKIT JANTUNG👈
6 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

🅾👉SAKIT PINGGANG👈
1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu kelulut, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

🅾👉SAKIT PERUT👈
(memulas) Minum 1-2 sudu besar madu kelulut 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

🅾👉SESAK NAFAS👈
3 sudu kecil madu kelulut + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

🅾👉SUSAH TIDUR👈
2 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut

🅾👉SEMBELIT👈
2 sudu kecil madu kelulut + segelas susu di minum setiap 4 jam.

🅾👉SUARA SERAK👈
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu kecil madu kelulut lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

🅾👉SELERA MAKAN👈
Minum 1-3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari

🅾👉ANAK KENCING MALAM👈
Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu kelulut.  Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali sehari iaitui pada pagi dan sebelum masuk tidur

🅾👉KESIHATAN ANAK👈
Madu kelulut dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak.

Roti Lebah

Pada asasnya kita selalu terdedah dengan perkataan pollen tanaman (debunga). Pollen ialah debunga yang dihasilkan oleh anther dan mengandungi gamete jantan yang mana diperlukan dalam proses pengsenyawaan dan seterusnya bagi menghasilkan buah/biji.

Apa dia itu roti lebah?. Secara ringkas roti lebah ialah pollen lebah (bee pollen) dan berbeza dengan perkataan yang biasa kita gunakan iaitu pollen tanaman (plant pollen). Roti lebah (bee bread) ialah campuran pollen tanaman (debunga), madu atau nektar dan air liur lebah. Roti lebah ialah sangat unik kerana ianya mengandungi kesemua sumber nutrien yang diperlukan untuk kehidupan.

Roti lebah telah digunakan sejak berkurun lalu dalam banyak ketamadunan sebagai sumber makanan tambahan dan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit. Sebagai contoh Hippocrates telah menyatakan roti lebah adalah bahan makanan kesihatan yang terbaik. Orang Mesir dan Cina purba pula telah menyatakan roti lebah ialah sumber makanan perubatan dan awet muda.

Kajian yang dijalankan menunjukkan roti lebah mengandungi 55% karbohidrat, 35% protin, 3% bahan galian & vitamin, 2% asid lemak dan 5% kandungan bahan-bahan lain.

Secara umum pengambilan roti lebah boleh meningkat sistem immiuniti tubuh (kerana mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi) dan meningkatkan pengambilan oksigen. Sehubungan dengan itu, roti lebah banyak digunakan untuk tujuan berikut:

1. Meningkatkan tenaga

2. Meningkatkan stamina

3. Untuk meningkatan penafasan bagi mereka yang ada masalah dengan penyakit yang berkaitan dengan penafasan seperti asma

4. Membantu merawat allergi (alahan)

5. Rawatan berkaitan dengan masalah darah dan kandungan kolesterol tinggi

6. Masalah mati pucuk, masalah yang berkaitan menopaus dan kesuburan

7. Diabetes

8. Kekurangan darah merah

9. Bahan bantuan untuk rawatan obesiti dan meningkatkan berat badan

10. Digunakan untuk rawatan rheumatoid arthritis

11. Sebahagian daripada diet untuk makanan kesihatan

Roti lebah boleh diambil dalam bermacam bentuk sama ada diambil mentah (segar dari sarang), sejuk beku atau makanan tambahan dalam bentuk serbuk. Walau apa pun, roti lebah terbaik adalah ialah roti lebah yang sebenar yang telah dicampur dengan air liur lebah itu sendiri dan bukan roti lebah yang dikumpul dari kaki lebah ketika lebah berkenaan masuk sarang.

Sunday, May 21, 2017

Menuai Madu


Utk mudahkan menuai madu,  alihkan topping dr log/hive.  Letak topping kosong kat atas log/hive utk kelirukan ciklut. 

Kalau ikut mardi log yg baik mengeluarkan antara 500g sebulan.bermakna log yg baik kaloni yg baik persekitaran yg baik.

[5/24, 9:02 PM] ‪+60 14-838 8767‬: Alhamdulillah atas tunjuk ajar rakan2 dlm ni thora sy dah mula naik sarang sy buka sakni lepas masukkan roti n celup madu dlm toping semalam
[5/24, 9:02 PM] ‪+60 14-838 8767‬: Hari ni dah naik selalu mmg cepat
[5/24, 9:02 PM] ‪+60 14-838 8767‬: Harap penuh la toping



Dia cuba alihkan corong madu ke topping,  dah ada yg naik ke topping

Pokok Kegemaran Kelulut

Yg pastinya bunga buah mata kucing memang sgt disukai kelulut. Semasa musim pokok mata kucing berbunga ... boleh nampak penuh kelulut hinggap di jambak bunganya.

Elak Log Dicuri

Booster

[5/22, 8:03 AM] ‪+60 14-593 1700‬: Letak sedikit madu dlm tudung botol
[5/22, 8:10 AM] ‪+60 17-749 7551‬: Madu campur sedikit air laut.. Masin.. Dan sedikit beebread..
[5/22, 8:10 AM] ‪+60 17-749 7551‬: Tapi jangan terlebih.. Koloni akan menjadi garang
[5/22, 8:18 AM] ‪+60 17-749 7551‬: Saya guna picagari.. Goncang.. Titis dlm topping..
[5/22, 8:32 AM] ‪+60 13-569 6118‬: Madu+ air garam bukit + beebraed ..bolehkah?
[5/22, 8:47 AM] ‪+60 17-749 7551‬: Boleh.. Garam bukit terbaik

Perangkap

,[5/21, 9:21 PM] ‪+60 13-757 9721‬: Cuma kotak pendua kena jauh sedikit dari koloni.perlu corong yg panjang utk ubah laluan kelulut yg asal
[5/21, 9:21 PM] ‪+60 13-757 9721‬: Tujuan utama utk mengelakan queen baru bergaduh.dan x perlu buat swarming diluar log
[5/21, 9:21 PM] ‪+60 13-569 6118‬: Knp pasg perngkap tepi.patut la paip tu ditutup

[5/21, 9:21 PM] ‪+60 13-757 9721‬: Cuma kotak pendua kena jauh sedikit dari koloni.perlu corong yg panjang utk ubah laluan kelulut yg asal
[5/21, 9:21 PM] ‪+60 13-757 9721‬: Tujuan utama utk mengelakan queen baru bergaduh.dan x perlu buat swarming diluar log
[5/21, 9:25 PM] ‪+60 13-757 9721‬: Ubah pintu baru.pada gps asal.yg mana pintu perlu ditepi bkn dihadapan
[5/21, 9:25 PM] ‪+60 13-757 9721‬: Kaedah nie cuma dpt madu jek
[5/21, 9:25 PM] ‪+60 13-757 9721‬: Koloni percuma x berlaku
[5/21, 9:29 PM] ‪+60 13-757 9721‬: Kotak pendua kita akan dpt 2 kelebihan
1 madu
2 koloni baru..
[5/21, 9:30 PM] ‪+60 13-757 9721‬: Keadah nie.kita x pakse kelulut susah payah cari sarang lain
[5/21, 9:32 PM] ‪+60 13-757 9721‬: Masukkan paip 16mm pada pintu asal.devide pada kotak pendua
Masukkan paip 16mm pada pintu asal.devide pada kotak pendua


KANTUNG MADU,KANTUNG ROTI LEBAH dan CORONG KELUAR MASUK KELULUT boleh dijadikan sebagai UMPAN perangkap 'penguruman' kelulut.


☆Semua struktur itu dibuat daripada RESIN POKOK (berdamar atau tidak).


☆Untuk kelulut spesies 'DAMAR KRISTAL' seperti Homotrigona Fimbriata dan Homotrigona Alicea,PROPOLIS BERDAMAR WAJIB digunakan sebagai umpan perangkap.


Masukkan propolis di dalam BEKAS PERANGKAP kemudian TUANGKAN ETHANOL ke dalam bekas perangkap itu.

NISBAH:

100 GRAM PROPOLIS : 300 MILILITER ETHANOL.

Propolis boleh dicairkan dengan cara:

☆Menggunakan alkohol makmal.

☆Merebus propolis dengan air (TIDAK TAHAN LAMA).

☆Kaedah pendidihan bertingkat (DOUBLE BOILER) < [CARA INI LEBIH MUDAH].
Kaedah yang saya maksudkan ialah 'DOUBLE BOILER'.

☆PERIUK BAWAH DIISIKAN DENGAN AIR DAN DIDIHKAN MANAKALA DI BAHAGIAN ATAS IALAH MANGKUK KACA TAHAN HABA ATAU PERIUK ATAU KUALI YANG TELAH DIISIKAN DENGAN DENGAN PROPOLIS SAHAJA.

Blh aslkn alkohol..tp yg terbaik gna methanol sbb ia xde bau kimia trus..klu ethanol msih ada bau g..spirit tu sy xpasti..bgntung jgak kpd thp kpekatan cecair tu..

Saturday, May 20, 2017

Saiz toping kelulut

Waalaikumussalam.

*SAIZ TOPPING UNTUK KELULUT:*

*FORMULA (PANJANG X LEBAR X TINGGI);*

☆HETEROTRIGONA ITAMA
=14 INCI X 12 INCI X 6 INCI.

☆LOPHOTRIGONA CANIFRONS
=16 INCI X 14 INCI X 8 INCI.

☆TETRIGONA APICALIS
=14 INCI X 12 INCI X 8 INCI.

* Thora (PANJANG X LEBAR X TINGGI)*
☆16 INCI X 14 INCI X 8 INCI
*Ukuran Topping kelulut:*

*Formula (Panjang × Lebar × Tinggi [dalam inci]).*

*☆ _Lophotrigona Canifrons;_*
*= 18 inci × 18 inci × 6 - 8 inci.*

*☆ _Geniotrigona Thoracica;_*
*= 18 inci × 16 inci × 6 - 8 inci.*

*☆ _Heterotrigona Bakeri;_*
*= 16 inci × 14 inci × 6 - 8 inci.*

*☆ _Heterotrigona Itama,Homotrigona Sp dan Tetrigona Sp;_*
*= 14 inci × 14 inci × 3 - 8 inci.*

*☆ _Lepidotrigona Sp;_*
*= 12 inci × 12 inci × 3 - 6 inci.*

*☆ _Tetragonula Sp:_*
*= 12 inci × 12 inci × 2 - 3 inci.*

*☆ SILA SIMPAN MESEJ INI! ☆*


Friday, May 19, 2017

Bee Bread

Debunga (Pollen) ialah serbuk halus hingga kasar yang mengandungi mikrogametofit benih tumbuhan, yang menghasilkan gamet jantan yang diperlukan oleh pokok semasa proses pengsenyawaan bagi menghasilkan biji atau buah.

Polen Lebah (Bee Pollen) juga dikenali sebagai Roti Lebah (Bee Bread) yang dihasilkan oleh lebah kelulut dengan mengolah campuran di antara debunga, nektar dan air liur lebah kelulut. Dalam setiap koloni sarang lebah kelulut, roti lebah adalah makanan khusus untuk anak-anak lebah kelulut. Roti lebah ini sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai sumber nutrien semulajadi yang diperlukan oleh manusia.

Ia merupakan sebatian 40% protein yang rasanya masam dan kebiasaannya berwarna kuning keemasan. Hampir separuh dari kandungan protein roti lebah kelulut ini adalah dalam bentuk asid amino yang boleh digunakan terus oleh badan manusia.

Ujian klinikal juga menunjukkan bahawa partikel roti lebah yang dimakan oleh manusia akan terserap dengan mudah dan cepat melalui perut ke dalam salur darah. Dalam tempoh masa 2 jam selepas dimakan, partikel roti lebah ini telah dijumpai di dalam darah, cecair tulang belakang serebrum dan air kencing.


Polen lebah atau roti lebah ini mampu meningkatkan kesihatan badan, merangsang fungsi organ dan kelenjar serta meningkatkan kesuburan badan. Ia juga mampu membantu manusia mengekalkan paras tenaga dalam badan secara konsisten.

Roti lebah adalah berkalori rendah serta mengandungi pelbagai nutrien yang penting kepada manusia termasuklah 18 jenis asid amino. Ia juga membekalkan lebih dari 12 jenis vitamin, 28 mineral, 11 enzim, 14 asid lemak dan 11 karbohidrat. Roti lebah juga mengandungi bahan anti-oksida yang tinggi yang dapat meningkatkan imunisasi sel-sel badan manusia melawan radikal bebas dan kuman penyakit.

Di Malaysia khususnya, walaupun harga di pasaran agak tinggi dan sukar diperolehi namun roti lebah kelulut ini sememangnya diketahui sebagai makanan tambahan berkhasiat yang boleh membantu kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran badan dan berupaya meningkatkan kesuburan tubuh badan wanita untuk mendapatkan zuriat. Wallahua’lam.

Tips Kelulut

[5/19, 5:07 PM] ‪+60 17-308 7436‬: Sy guna air garam di sembur pada luar log utk anti body log
[5/19, 5:11 PM] ‪+60 17-308 7436‬: Air garam jgk bertindak sebagai pengawet log supaya lebih tahan da tidak merekah

Thursday, May 4, 2017

KELULUT.O.LOGI  # 7 - Parasit atau simbion?

KELULUT.O.LOGI  # 7 - Parasit atau simbion?

Sarang kelulut tidak ekslusif dan tidak hanya dihuni  oleh kelulut sahaja. Malah banyak organisma lain yang menumpang berteduh. Sekali lihat, memang nampak sarang kelulut bersih. Namun 'berseribai' dengan bermacam-macam kehidupan. Ada organisma ini boleh dilihat oleh mata kasar dan ada yang kecil halus dan hanya boleh nampak menggunakan mikroskop (mikroskop cahaya atau mikroskop elektron).

Antara organisma yang biasa ditemui di dalam sarang kelulut ialah kutu, kumbang, kulat mutualis dan bakteria. Kehadiran mereka bukan secara kebetulan kerana masing-masing mempunyai peranan. Malah kelulut menjaga mereka dengan baik dan hidup dengan harmoni bersama.  

Contoh mikrograf dari mikroskop elektron di bawah ialah sejenis kutu (Crypstostigma - coccids) yang melekat di bahagian abdomen kelulut (Tetragonula fuscobalteata). Kutu dari jenis ini menghasilkan wax dan juga cecair gula yang diambil dan digunakan  oleh kelulut. Manakala kutu tersebut jadikan sarang kelulut sebagai teduhan.

Ada kumbang yang makan sisa buangan kelulut. Ada kulat  yang memakan kulat parasit, Ada bakteria yang menjadikan nektar madu dan menjadikan madu stabil dan bemacam-macam lagi simbion menarik berlaku di dalam sarang kelulut.

Kehidupan ini amat memerlukan diantara satu sama lain. Hiduplah dengan harmoni. Kita makhluk simbion.

(Mikrograf cun hasil kerja dedikasi Puan Zubaidah Abu Hassan yang duduk berjam-jam 'skodeng' Scanning Electron Microscope)

#kelulutUMT
#UMT15tahun

Sumber rujukan : prof Shamsul Bahri Abd Razak..