Thursday, June 15, 2017
Thursday, June 8, 2017
Resipi Shell Out
RESEPI SHELL OUT BEST!!!!
Nak makan sepuasnya? Buat sendiri! Nahh resepi! Share cpt!
Bahan-bahan (Apa shj yg korang ada)
1kg lala
3 ekor ketam (potong 2)
10 ekor udang saiz besar
5 ekor sotong (potong sederhana)
1kg siput sedut
1kg kerang
2ekor lobster (kalau ada)
Bahan-Bahan rempah Shell Out (klu kurang salah satu bahan pun tak pe)
Daun limau purut
10 tangkai cili kering (potong, buang biji & rendam air panas)
bawang besar 2 biji (1 biji kisar, 1 biji lagi hiris utk tumis)
10 ulas bawang putih (8 kisar, 2 ulas cincang utk tumis)
1 inci halia (kisar)
1sk udang kering (kisar)
1 inci belacan (kisar)
1sb rempah kari
1/2 kiub pati ayam
1 batang daun kari
sedikit serbuk lada hitam
1sb sos tiram
1sk sos ikan
2sb mentega
2sb minyak masak
lemon (saya tak letak)
garam dan gula secukup rasa
daun kari
Cara-cara
Korang nak senang, korang blh siapkan bahan-bahan rempah dulu dengan mengisar semua bahan kisar. Selepas tu saya panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali. Saya tumis bawang dan besar, bawang putih dan daun kari. Selepas layu sedikit dan berbau harum, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan rempah kari. Kacau lagi. Masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub ayam. Kemudian masukkan garam dan gula. Selepas tu saya tutup api. Bahagi tiga kuah yang dah siap tu. Sebabnya nak menggoreng ketam, udang dan sotong secara berasingan. Lepas tu goreng jelah sampai setiap bahan tu masak. Lain2 tu saya goreng kunyit je. tapi suka hati korang la nak buat macam man. nak masak kicap boleh, nak rebus pun boleh, sbb yang dimasak tumis tadi dah sedap!
siap!
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
KUASA VIRAL! INGIN PERNIAGAAN ANDA DIKENALI RAMAI?🍜🍛🍰🎂
Tips mudah :
1. Re-New branding. Cari konsep yang menarik, cari tarikan utk org kenali perniagaan kita, ctg : kedai makan, blh buat konsep hipster, artis, taman, atau klasik - anda boleh gantung pelbagai gambar dan barang2 klasik dlm kedai anda, barang2 yg dah lama tu blh la buang, ganti yg baru, sbb keselesaan pelanggan adalah perkara penting utk mereka dtg lagi dan ini blh menberi suasana unik dan org akan jadikan tempat yang wajib cuba utk bergambar, skrg IG adalah trand remaja.
2. Systematic - Pekerja, susun atur dan juga perjalanan perniagaan, tak boleh tangkap muat, pakaian pekerja kena jaga, kebersihan dan juga alatan yang dipakai. Pastikan sedap mata memandang, biar murah tp cantik
3. Kualiti dan kuantiti - Jangan letak harga murah tp makanan tak ada kualiti langsung, letak harga berpatutan dgn kualiti yang tidak kedekut beserta kualiti yang memuaskan, bandingkan perniagaan kta dengan perniagaan yang dah berjaya, bukan nak tiru tapi nak tgk positif dan negetif yg harus dibuang dan dikekalkan.
4. Promosi - Perkara ini sgt penting! skrg media sosial menjadi kegilaan ramai. Satu post yg menari blh viral, apasalahnya klu kita simpan sedikit kos utk promotkan jenama dan barangan kita, itu adalah pelaburan bijak yang membantu perniagaan, jangan kedekut utk org kenali kita! (PM Admin).
5. Usaha sudah, tawakal juga penting. Doa dan minta pada Allah..
Selamat berniaga!!
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
*Jemput share dan tag kawan2
Wednesday, June 7, 2017
Cara Pelah Koloni
Yup..amik dalam 3 keping besrta telur ratu sekiranya besar kepingan.sekiranya kecil amik dalam 5 keping @ tingkat beserta telur ratu...masukkan dalam log kosong o haif...n support dengan meletakkn sedikit beebread d haif baru...kemudian pi dahkan log induk...haif baru amik alih tempat log asal dengan tujuan tentera y keluar mencari makann akn memwnuhkan makann d haif baru n mengaktifkan sarang semula..
Selaput Roti Kopi
Antara faktor *terjadinya selaput seperti ini:*
*☆Kotak Topping _terlalu besar_.*
*☆Ada cahaya _yang masuk_ ke dalam haif.*
*☆Ada _pemangsa/pengacau_ di dalam Topping.*
*☆Koloni kelulut masih _tidak cukup besar/belum cukup kuat_ untuk bersarang di tempat yang luas.*
Kelulut Jantan Hanya Mengawan
KELULUT.O.LOGI #35 - Jantan kerjanya hanya mengawan
Di dalam setiap koloni kelulut, selain ratu dan kelulut pekerja (yang semuanya kelulut betina) ada juga kelulut jantan (dipanggil 'drone'). Peranan yang dimainkan oleh kelulut jantan ini penting. Ia memastikan kesinambungan sesuatu koloni dari satu generasi ke satu generasi.
Tugas kelulut jantan hanya satu. Mengawan. Memang itu pun tugasan dan kepandaian kelulut jantan.
Kehadiran kelulut jantan juga merupakan satu petanda yang amat bagus. Ia petunjuk koloni tersebut berkembang dengan baik. Cukup segala sumber dan makanan.
Peratus bilangan kelulut jantan di dalam satu-satu koloni tidak sebanyak kelulut pekerja. Anggaran bilangan 15% bagi setiap koloni.
Kelulut jantan boleh dibezakan dari kelulut pekerja dari segi morfologi. Badan lebih besar dari kelulut betina, kelihatan badan 'bongkok' melengkung, mempunyai mata yang besar. Sesetengah spesies kelulut kaki belakang (hind tibia) mempunyai cangkuk seperti yang selalu dilihat pada H. itama.
Bahagian abdomen kelulut jantan ada struktur unjuran khas yang dipanggil 'copulatory claspers' atau cangkuk mengawan.
Kelulut jantan akan keluar dalam kawanan. Apabila terbang akan mengeluarkan bunyi seperti deruman. Lokasi lepak mereka (drone congregation areas = DCA) diluar log atau lokasi berhampiran koloni. Mereka bersedia dan latihan terbang sebelum mengawan.
Ada satu cerita lucu berkaitan kelulut jantan. Pernah satu ketika keluar ke lapangan, penternak kelulut menceritakan dia menghalau dan 'menebas' kelulut jantan yang berkeliaran di log kerana disangkakan lalat. Habis bergelimpangan. Adoi... sayang.
(foto makro di bawah ialah kelulut jantan Tetrigona binghami. Spesimen dari ladang ternak Niranur. Terimakasih Tuan Muhamad Ilman Mohamad Aluis)
#kelulutUMT
#UMT15tahun
Saturday, June 3, 2017
Kelulut Tutup lubang Topping
Kelulut tutup lubang naik ke topping disebabkan
1. Topping tidak kedap udara kerana a) ada lubang di penyambung kayu topping. Penyelesaian, tukar kotak topping guna pasu bunga leper
b) plastik penutup topping longgar tidak rapat. Rapatkan dengan double sided tape atau propolis
c) Ada gangguan semut, anai-anai, kupu-kupu lilin dalam kotak topping. Hilangkan ancaman secara manual.
d) Ada kulat dalam topping boleh selesai dengan menyapukan madu di bahagian dalam kotak topping
e) kayu papan topping telah dirawat dengan ubat anai-anai / racun kayu. Penyelesaian dengan tukar topping lain
f) Kotak topping serap air. Selesaikan dengan letakkan dibawah teduhan /atap
2. Kotak topping panas akibat papan topping terlalu nipis. Penyelesaian
a) buat topping double layer
b) letakkan topping di bawah atap
c) labuhkan dinding penutup topping
d) balut topping dengan penebat haba dan bunyi seperti asphalt, asbestos, polysterine
*Cara memikat kelulut naik ke dalam topping*
a) Buka penutup topping dan biarkan satu jam setiap hari sehingga dia mula buat sarang dalam topping
b) Letakkan campuran madu dan air zam-zam dalam bekas leper di dalam topping
c) Ambil kerangka / tangkai anggur dari sarang lain dan letakkan di atas lubang masuk topping
d) Ambil telur satu atau dua lapis dari sarang yang sama dan letakkan dalam topping
e) ambil kantung madu yang masih sempurna dan letakkan dalam topping. Bukakan tutup kantung sebelum menutup kotak topping.
Setakat itu yang saya dah praktikkan. Bagi yang ada kaedah lain boleh tambah lagi.
Kelulut terkenal sebagai agen pendebungaan yang efektif.
Ia perlukan nektar dari 4000 kuntum bunga untuk hasilkan sesudu madu kelulut.
Penghasilan madu bukan sahaja bergantung kepada keberadaan bunga di sekitar sarang, tetapi kesuburan koloni tersebut.
Waktu subur biasanya dari bulan Februari sehingga bulan Julai. Waktu ini, kebanyakan sarang boleh di tuai 3 minggu sekali.
Jadi tanamlah tanaman yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada pengusaha supaya kelestarian tuan kelulut terjaga.
Bukan kita bekerja untuk kelulut, tapi bantu kelulut untuk kerja untuk kita.
Friday, June 2, 2017
Kelulut - Utk Mengurangkan Stress
By Prof Shamsul Bahri Abdul Razak
KELULUT.O.LOGI #34 - Kelulut pun stress juga
Bukan manusia sahaja mengalami masalah stress. Serangga terutama dari kumpulan bersosial tinggi (eusosial) seperti kelulut juga mengalami masalah yang sama.
Cuaca, kelaparan/kekurangan sumber, ancaman - ini merupakan agen-agen stress yang akan mencetuskan beberapa siri tindakbalas.
Apabila kita stress, otak kita akan menghantar isyarat dan hormon epinefrin @ adrenaline akan dikeluarkan. Degupan jantung kencang.
Apabila kelulut stress hormon otofamin (= epinefrin pada manusia) dikeluarkan. Ini merupakan persiapan mereka untuk menangani stress tersebut. Feromone berjaga-jaga (alarm pheromone) juga dikeluarkan akibat gangguan.
Bagaimana kita dapat membantu kelulut supaya kurang tertekan?
Kelulut tertekan antaranya disebabkan :
1 - Ketika menyedut madu
2- Ketika memotong log untuk pemindahan dan penyediaan 'topping'
3- Lokasi ternakan tidak sesuai (sumber), termasuk panas matahari
4- kedudukan log rapat-rapat di kawasan kurang sumber
5- Serangan perosak dan penyakit
6- Racun (langsung atau tidak langsung)
7- Asyik buka tutup 'topping'
8-........
Amalan Ternakan Kelulut yang baik (GKP - Good Kelulut Practices) perlu diamalkan.
Jika kelulut itu ada perasaan, seharusnya kita mendalami dan empati perasaan mereka. Kalau kita suka orang berlemah lembut dengan kita, kita pun kena berlemah lembut dengan mereka.
Jaga kelulut, kelulut akan sayang kita.
#kelulutUMT
#UMT15tahun