Bila cerita hal kanser. Ya. Kita semua takut . Dan pengalaman kami sendiri bila arwah nenek kami Mok disahkan kena kanser stage 2 dan dalam masa takberapa lama terus kena stage 4.
Payudara sebelah dipotong untuk mengelakkan merebak. Tetapi ketika itu usianya sudah lanjut, doktor yang mengubati beliau beritahu ada kaedah lain untuk berubat selain kaedah hospital. Usahalah, katanya. Please janganlah viralkan post ini. Tidak mahu ia jadi isu perbalahan.
Allah tunjukkan kuasa penyembuhannya bila saja dia mahu. Arwah mok bebas sel kanser dalam masa 10 minggu. Kami guna kaedah terapi ais, air terjun yang bertindak sebagai sumber ion negatif, ubat-ubatan daripada pusat perubatan RAOHA dan habbatusauda dan minyak zaitun .
Kami seluruh keluarga usahakan bawa mok ke air terjun di Selayang seminggu 3 kali. Urutan ais 3 kali sehari. Dan alhamdulillah Allah beri bakat dan minat berubat itu kepada adik saya yang ke-2. Allah sahaja yang tahu, gembiranya kami. Tetapi Mok pulang ke rahmatullah 3 -4 tahun selepas itu, kerana kulit kakinya tercabut akibat kena air panas, panjang ceritanya. Ajalnya begitu. Kami redha.
Dan kali ini, sahabat baik mama saya yang sudah seperti ahli keluarga, kena kanser payudara dan merebak ke kanser paru-paru , stage 4. Dan doktor sudah suruh bawa balik. Dan hanya diberikan morfin untuk menahan. Tapi Allahuakbar, kuat perjuangannya dalam menahan sakit sehingga tidak dapat tidur.
Allah itu maha penyayang. Kami cuba bantu kaedah merawat mok, kepada Aunty aya. Nampak banyak perubahan, sudah sedikit-sedikit berpisah dengan morfin. Sudah boleh bercakap dan makan sedikit-sedikit. Tetapi bukan sedikit cabarannya.
Kami menanti keajaiban Allah moga Aunty aya dapat sembuh seperti Mok sembuh dulu.
Sahabat, minta doakan Aunty Aya...
No comments:
Post a Comment