BAGI SAYA, RM 3000 ADALAH SATU UNDERSTATEMENT BAGI PENTERNAK KELULUT TEGAR (50 SARANG KE ATAS)
Primary output sarang kelulut ada 3
1. Madu
2. Propolis
3. Roti lebah
Kelulut adalah agen pendebungaan yang efektif. Penternak kelulut akan tanam pokok sumber kelulut. Buah yang terhasil dari proses pendebungaan boleh dijual dan mendatangkan pendapatan tambahan kepada penternak.
Malah ada penternak yang menanam pokok herba yang mendatangkan nilai tambah kepada kualiti madu, propolis dan roti lebah kelulut. Pendapatan dari sudut ini boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Selain dari itu, ada juga penternak yang menyewakan sarang kelulut kepada ladang buah-buahan. Lagi sumber pendapatan kepada penternak kelulut.
Daripada pokok sumber kelulut, boleh dihasilkan anak benih pokok yang seterusnya dijual bagi menambah pendapatan penternak kelulut.
Dan daripada primary output boleh buat produk bermacam-macam hiliran
Income dari produk hiliran boleh cecah RM 10k sebulan dan tak bermusim
Selain dari itu ada expertise boleh buat kursus. Yuran kursus sahaja eg. RM 150 satu peserta dengan 30 peserta satu sessi dapat RM 4500
Jualan bahan mentah tambahan produk hiliran, dan produk hiliran itu sendiri, setiap sessi kursus boleh mencecah RM 1500 jika setiap peserta hanya berbelanja RM 50
No comments:
Post a Comment