BEE BREAD atau POLLEN
Roti lebah (bee bread) atau lebih mudah disebut pollen adalah antara produk yang dihasilkan oleh lebah kelulut. Pollen ini terdapat di dalam kantung propolis di dalam sarang lebah kelulut.
Pollen terhasil dari debunga pokok yang diambil oleh lebah kelulut bercampur dengan madu atau nektar dan air liur lebah. Ianya merupakan makanan dan sumber protein kepada anak2 (larva) lebah di dalam sarang koloninya.
Pollen sangat unik kerana ianya mengandungi kesemua sumber nutrien yang diperlukan untuk kehidupan.
Hampir separuh dari kandungan protein pollen lebah kelulut ini adalah dalam bentuk asid amino yang boleh digunakan terus oleh badan manusia. Mengandungi 40-80% asam glutamate bebas (yang tidak dikeluarkan oleh tubuh manusia) dapat mencegah penyumbatan darah di otak, meningkatkan IQ, termasuk keterbelakangan mental dan konsentrasi serta memudahkan pencernaan.
Ujian klinikal juga menunjukkan bahawa partikel pollen yang dimakan oleh manusia akan terserap dengan mudah dan cepat melalui perut ke dalam salur darah. Dalam tempoh masa 2 jam selepas dimakan, partikel pollen lebah ini telah dijumpai di dalam darah, cecair tulang belakang serebrum dan air kencing.
Pollen mampu meningkatkan kesihatan badan, merangsang fungsi organ dan kelenjar serta meningkatkan kesuburan badan. Ia juga mampu membantu manusia mengekalkan paras tenaga dalam badan secara konsisten.
Berkalori rendah serta mengandungi pelbagai nutrien yang penting kepada manusia termasuklah 18 jenis asid amino. Ia juga membekalkan lebih dari 12 jenis vitamin, 28 mineral, 11 enzim, 14 asid lemak dan 11 karbohidrat. Roti lebah juga mengandungi bahan anti-oksida yang tinggi yang dapat meningkatkan imunisasi sel-sel badan manusia melawan radikal bebas dan kuman penyakit.
Pollen telah digunakan sejak berkurun lalu dalam banyak ketamadunan sebagai makanan tambahan dan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit.
Sebagai contoh: Hippocrates telah menyatakan pollen adalah bahan makanan kesihatan terbaik.
Orang Mesir dan Cina purba pula telah menyatakan pollen ialah sumber makanan perubatan dan awet muda.
Sejarah Penggunaan Bee Pollen Ratu Cleopatra: Rahsia kecantikan dan awet mudanya adalah dengan berendam dalam madu yang kaya bee pollen.
Angkatan perang Romawi: membawa bahan makanan kering yang terbuat dari bee pollen, madu dan gandum untuk menambah keperkasaan di medan perang.
Cicero (106-43SM): hampir semua rumah di Romawi menyimpan madu dan bee pollen sebagi pelindung kesehatan.
Pollen boleh dimakan langsung sebagai makanan tambahan. Rasanya sedikit masam kerana mengalami proses fermentasi alami di dalam sarang. Pollen dicampur madu sangat baik untuk menghaluskan dan meremajakan kulit.
Secara umum pengambilan pollen boleh meningkatkan sistem immiuniti tubuh (kerana mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi)
Pollen untuk kesihatan dan kecantikkan.
Dalam pembuatan produk kelulut kume skincare, pollen digunakan dalam sabun dan krim pelembap.
Gambar di bawah menunjukkan pollen yang telah siap dikeringkan dan dikisar halus. Yang berwarna cerah adalah pollen dari jenis itama, rasanya masam2 sedap. Yang berwarna agak perang adalah pollen dari jenis apicalis, rasanya pahit melekat dan tajam bergetah.
No comments:
Post a Comment