Sunday, March 18, 2018

Cara Proses Bee Bread

[3/18, 9:26 AM] ‪+60 12-651 8239‬: Sifu-sifu.nak tanya cara untuk simpan pollen supaya boleh tahan lama.saya dengar lepas kutip perlu mengeringkan di bawah matahari supaya tidak berkulat?
[3/18, 9:57 AM] Faridah Kelulut Hulu Langat: Tidak boleh kering dibawah matahari. Semua khasiat akan hilang. Keringkan didalam food dehydrator pada suhu 35degrees.
[3/18, 10:01 AM] ‪+60 12-651 8239‬: Tk cik.Kalau tak di keringkan berapa lama boleh disimpam?
[3/18, 10:04 AM] Faridah Kelulut Hulu Langat: If you simpan dalam fridge boleh tahan lama. Kalau simpan diluar cepat berulat
[3/18, 10:11 AM] ‪+60 12-651 8239‬: Tk.boleh guna hair dryer utk mengeringkan tak?sebab saya tak ada dehydrator.
[3/18, 10:12 AM] Faridah Kelulut Hulu Langat: Boleh.  Tapi make sure temperature below 40deg
[3/18, 10:13 AM] Faridah Kelulut Hulu Langat: Kalau nak jemur bawah matahari tutup dengan kain muslin dan jangan jemur terlampau lama
[3/18, 10:13 AM] Faridah Kelulut Hulu Langat: Kena jemur dalam beberapa hari
[3/18, 10:33 AM] ‪+60 12-651 8239‬: Tk en aziz .tk cik faridah.Cik hair dryer 40degree itu,apabila di 'on' nak focus atas biji pollen yang sama berapa lama baru selamat di simpan?
[3/18, 10:49 AM] Faridah Kelulut Hulu Langat: Kena make sure bee bread tu betul2 kering dan ditapis jadi 'granules' atau serbuk kasar. Simpan dalam botol dan boleh simpan dalam chiller. Tak ada expiry date kalau simpan cara betul.[3/18, 10:57 AM] ‪+60 12-651 8239‬: Tk.cik.pollen itu perlu dijadi serbuk dulu baru dikeringkan atau keringkan dulu baru jadi serbuk dan tapis?
[3/18, 10:58 AM] Faridah Kelulut Hulu Langat: Kalau tak kering dia tak jadi serbuk dan tak boleh tapis. Kena keringkan dulu baru boleh tapis
[3/18, 11:01 AM] ‪+60 12-651 8239‬: Tk.Tapis dengan mesh bacaan berapa?
[3/18, 2:01 PM] Faridah Kelulut Hulu Langat: Ikut suka nak kehalusan yang macamana
[3/18, 3:01 PM] ‪+60 16-931 3091‬: Nk tanya bee bread dgn propolis ni kena masak dulu ke mcm mana boleh jadi mcm ni



Friday, March 9, 2018

Beewax (Propolis)

Beewax utk lebah apis
Propolis atau Cerumen utk lebah kelulut

Tuesday, March 6, 2018

All About Madu #3

Madu matang kurang berbuih sebab kandungan air lebih rendah. Madu kurang matang kandungan air lebih tinggi . Kebanyakan kandungan air  madu kurang matang lebih 33% ke atas. Yis lebih aktif dalam madu yang kandungan air tinggi. Sebenarnya buih tu boleh dimakan juga dan berkhasiat.

Sifat Kelulut

Bulan oktober bulan peralihan angin monsun timur laut. Nak update sikit sifat kelulut. Sebaik ratu bertelur dalam cell yang disediakan, nurse bee akan ambil alih kerja memberi makan pulpa dan merawat cell. Masing2 tidak akan keluar sehingga 21hari menetas menjadi anak kelulut. Sekian

Bee Bread atau Pollen

BEE BREAD  atau POLLEN

Roti lebah (bee bread) atau lebih mudah disebut pollen adalah antara produk yang dihasilkan oleh lebah kelulut. Pollen ini terdapat di dalam kantung propolis di dalam sarang lebah kelulut.
Pollen terhasil dari debunga pokok yang diambil oleh lebah kelulut bercampur dengan madu atau nektar dan air liur lebah. Ianya merupakan makanan dan sumber protein kepada anak2 (larva) lebah di dalam sarang koloninya.
Pollen sangat unik kerana ianya  mengandungi kesemua sumber nutrien yang diperlukan untuk kehidupan.
Hampir separuh dari kandungan protein pollen lebah kelulut ini adalah dalam bentuk asid amino yang boleh digunakan terus oleh badan manusia. Mengandungi 40-80% asam glutamate bebas (yang tidak dikeluarkan oleh tubuh manusia) dapat mencegah penyumbatan darah di otak, meningkatkan IQ, termasuk keterbelakangan mental dan konsentrasi serta memudahkan pencernaan.

Ujian klinikal juga menunjukkan bahawa partikel pollen yang dimakan oleh manusia akan terserap dengan mudah dan cepat melalui perut ke dalam salur darah. Dalam tempoh masa 2 jam selepas dimakan, partikel pollen lebah ini telah dijumpai di dalam darah, cecair tulang belakang serebrum dan air kencing.

Pollen  mampu meningkatkan kesihatan badan, merangsang fungsi organ dan kelenjar serta meningkatkan kesuburan badan. Ia juga mampu membantu manusia mengekalkan paras tenaga dalam badan secara konsisten.
Berkalori rendah serta mengandungi pelbagai nutrien yang penting kepada manusia termasuklah 18 jenis asid amino. Ia juga membekalkan lebih dari 12 jenis vitamin, 28 mineral, 11 enzim, 14 asid lemak dan 11 karbohidrat. Roti lebah juga mengandungi bahan anti-oksida yang tinggi yang dapat meningkatkan imunisasi sel-sel badan manusia melawan radikal bebas dan kuman penyakit.

Pollen telah digunakan sejak berkurun lalu dalam banyak ketamadunan sebagai makanan tambahan dan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit.
Sebagai contoh: Hippocrates telah menyatakan pollen adalah bahan makanan kesihatan terbaik.
Orang Mesir dan Cina purba pula telah menyatakan pollen ialah sumber makanan perubatan dan awet muda.
Sejarah Penggunaan Bee Pollen Ratu Cleopatra: Rahsia kecantikan dan awet mudanya adalah dengan berendam dalam madu yang kaya bee pollen.
Angkatan perang Romawi: membawa bahan makanan kering yang terbuat dari bee pollen, madu dan gandum untuk menambah keperkasaan di medan perang.
Cicero (106-43SM): hampir semua rumah di Romawi menyimpan madu dan bee pollen sebagi pelindung kesehatan.

Pollen boleh dimakan langsung sebagai makanan tambahan. Rasanya sedikit masam kerana mengalami proses fermentasi alami di dalam sarang. Pollen dicampur madu sangat baik untuk menghaluskan dan meremajakan kulit.
Secara umum pengambilan pollen boleh meningkatkan sistem immiuniti tubuh (kerana mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi)
Pollen untuk kesihatan dan kecantikkan.

Dalam pembuatan produk kelulut kume skincare, pollen digunakan dalam sabun dan krim pelembap.

Gambar di bawah menunjukkan pollen yang telah siap dikeringkan dan dikisar halus. Yang berwarna cerah adalah pollen dari jenis itama, rasanya masam2 sedap. Yang berwarna agak perang adalah pollen dari jenis apicalis, rasanya pahit melekat dan tajam bergetah.

Friday, March 2, 2018

Topping

Q1:
Bagaimana kalau kat topping dah byk telur?
A1:
Buat 2 toping baru,1 letak kat atas,1 lg ltk kat bwh.pastu tebuk lubg kat toping tgh2 yg byk tlur tu,gunting sikit corong tampal kat lubang yg tebuk td..lepas 2 bulan update lah plak mcm mn,nnt ada lah otai2 bg pandgan mcm mn.

Kuih Serabai

KUIH SERABAI KOT

Resipi (bancuhan utk 3 orang makan)
5 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras
Santan untuk bancuhan tepung

(Nak sedapkan santan tu, guna air kelapa untuk perah santan ya)
Satu sudu kecil mauripan + satu sudu kecil gula + sedikit air dicampurkan dan dibiarkan kembang terlebih dahulu sebelum tepung dibancuh)
sebiji telur (untuk elakkan tepung melekat bila dibakar)
secubit garam

Bancuh semua bahan hingga kelikatan yang boleh dituang (tak berapa pekat tak berapa cait 😁)
Biarkan bancuhan untuk 1 - 2 jam sebelum mula membakar
Kalau yang ada acuan serabai, boleh bakar dengan acuan, kalau takde tak apa, just gunakan kuali kecil dan masak satu persatu (kena sabarlah sikit)

**Hanya sapu kuali dengan sedikit minyak (guna tisu untuk sapuan) dan kebiasaannya hanya yang sekali sahaja untuk membakar kuih di atas dapur (bukan di oven ya)... kalau kuali anda tak melekat tak letak minyak pun OK
Hidangkan serabai dengan kuah manis - and boleh masak santan dan gula melaka dengan sedikit tepung atau boleh juga ditambah durian pada yang suka makan raja buah

Update (resipi kuah)
1 sudu tepung gandum
Santan untuk bancuhan tepung sampai cair
Masukkan gula (saya guna gula kabung) - ikut rasa manis yang anda suka
Kalau suka durian boleh tambah durian seulas dua

Selamat Mencuba 😍😍😍

Kredit: Mazni Abdullah

LIKE & SHARE

Jenis Kelulut

Tgk bontotnya klu itam itu bighami klu oren tu apicalis

Apicalis sesuai utk pendebungaan...pokok limau kasturi

Thursday, March 1, 2018

Brownies Kedut (must try)

RESEPI BROWNIES KEDUT 😍
Brownies Kedut buat makan petang-petang ni. 😋
Bawah ni cara buat Brownies Kedut step by step. Tak payah pakai mixer, kacau guna tangan je. Senang sangat nak buat 😄..

Bahan-bahan :

Bahan A. (Cairkan)
115g Pure Butter ( jenama SCS @ Tatura)
160g Dark Chocolate ( Hershey's @ Beryll's)
25g serbuk koko ( Van Houten )

Bahan B. ( Ayak bersama )
95g tepung gandum.
1 sudu teh baking powder.

Bahan C.
3 biji telur Gred A
200g gula castor
1 sudu teh esen vanilla
Kacang badam/walnut ( tak nak letak pun takpe)

Cara-cara :
1. Masukkan kesemua Bahan A dan cairkan. Boleh guna kaedah double boil atau boleh guna microwave. Bila dah cair dan sebati, ketepikan sampai sejuk @ suam-suam.
2. Dalam bekas lain, masukkan Bahan B. Pukul 3 biji telur dengan gula castor sampai sebati. Dan masukkan esen vanilla.
3. Bila Bahan A yang cair tadi dah sejuk @ suam-suam sikit, campurkan dengan Bahan B yang dipukul tadi. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi. Kacau biar sebati. Jangan kacau terlalu lama ye.
5. Lapik loyang 9" × 9" dengan baking paper. Dan tuangkan bancuhan brownies tadi & ratakan.
6. Bakar pada suhu 170celcius selama 35-40 minit bergantung pada oven memasing. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15-20 minit.
7. Bila dah masak, keluarkan brownies dari oven dan biarkan betul-betul sejuk. Keluarkan dari loyang dan potong. SIAP.
Selamat Mencuba. Boleh share. 😍

Kredit Resepi: Sarah Subri
Like & Share