Wednesday, February 28, 2018

Bingka Pandan

Pantang dpt daun pandan segar,mesti buat kuih nie...jgn x tau,kaler dr pandan ori tau,tanpa perasa & pewarna tiruan 😉

3 cwn jus pandan (10 helai daun)
3/4 cwn gula
1 1/2 cwn tpg gandum
1 kotak santan 200ml
3 biji telur
Secubit garam
(Blend smua bhn di atas,sapu loyang dgn minyak @ marjerin & bakar api ats bwh 50-60 min)

#bengkangpandan
#obsesdengandaunpandan
#takadadaunnitaksah

credit : Kehalusan Mawar‎
#mahn

Donat Simpul Kasih Sayang

Assalammualaikum irfan nak share 1 resepi yg irfan suka iaitu donut simpul kasih sayang. Irfan izinkan korang share video dan resepi ini jgn lupa tag kawan2, like and comment yg baik2 k

Resepi donut simpul kasih sayang

500gm tepung roti atau gandum
20gm susu tepung
1 tsp baking powder
1 tsp garam
1 biji kuning telur

350gm air suam
60gm gula kastor
50gm margerin
1 tbsp yeast

Follow video yg irfan dah bagi ok

Kredit Resepi Video : Irfan Syazwan Shah

Sambal Hitam

Resepi Sambal Hitam Pahang

Sambal hitam pembuka selera! Buat sendiri sedapp dan byk! Share la..

Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa *Jika perlu, xletak pun x pe, hitam sbb belimbing tu. Kicap nak bg rasa lagi sedap.
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut. 

4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

Tuesday, February 20, 2018

Kebaikan Madu Kelulut

Khasiat Madu Kelulut Asli – kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan madu kelulut asli mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Menurut Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut asli setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut asli lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut asli tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

“Pengambilan madu kelulut asli terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.

“Selain itu, pelbagai khasiat madu kelulut asli yang lain dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.

Madu kelulut asli juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan �kanser. Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut asli seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut asli juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut yang terdapat dalam madu kelulut asli berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

“Madu kelulut asli berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut asli berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.

Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu kelulut asli untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.

Secara ringkasnya khasiat Madu Kelulut Asli adalah seperti berikut:

Meningkatkan daya tahan tubuh.

Mencegah serangan strok.

Melancarkan peredaran darah.

Meningkatkan pengeluaran hormon.

Memperkuat fungsi otak dan jantung.

Memperbaiki sel tubuh yang rosak.

Mengendurkan urat-urat yang tegang.
Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan.

Meningkatkan kecerdasan anak.

Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis.

Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan.

Mencegah kanser.

Mengurangkan resdung.

Membantu penyembuhan luka diabetes.

Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong.

Mencegah pembentukan batu karang.

Membantu menurunkan tahap tekanan darah.

Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah.

Melancarkan pernafasan.

‌Mengurangkan lelah /asma dan banyak lagi

Wednesday, February 14, 2018

Punca kurang madu

Sy nak tanya...jika masa beli dah ada kantung madu.... bila dah bela 2-3 bulan...semuanya berkurang. Puncanya apanya? Sumber makanan kurang atau apa?

1. Masa sebelum hantar aktiviti feeding dilakukan
2. Sumber di tempat supplier tiada di lokasi baru
3. Koloni dipindahkan pada waktu siang, banyak drone tertinggal di lokasi lama
4. Semasa penghantaran, corong masuk ditutup terlalu lama, drone mati dalam sarang
5. Proses membina defense system di tempat baru mengakibatkan tumpuan aktiviti drone beralih kepada kerja baikpulih dan kurang untuk mencari supplies.

Tuesday, February 13, 2018

Tepung Bungkus

Resepi Tepung bungkus sedap dan mudah!

RESEPI.
2 bungkus tepung beras ( siam )
10 cawan air
24 sudu gula
2sudu garam
1kg santan

Mskn 5cawan air,gula,garam & santan ke dlm kuali kacau sampai mendidih
Bancuh 5cawan air bersama tepung n kacau bg sebati,
Mskn adunan tadi ke dalam kuali n kacau hingga tepung btl2 masak & nampak bkilat

Inti
5biji kelapa
1 kg gula melaka
1/2 sudu garam
1/2kg gula
2sudu debu pulut
Daun pandan

Masak kelapa dgn air sehingga masak
Mskn gula melaka ,gula & daun pandan
Bancuh tepung pulut dgn sedikit air n masukn kedalam adunan kelapa
Masak sehingga kering
Bulat2 kan inti & gaul dgn debu pulut

Cara2 buat Tpg bungkus

Lapis dua daun pisang
Letak 1 sudu tepung kedalam daun pisang
Mskn 2 biji inti,tutup inti td dgn satu sudu lg tepung..balut tepung td n lipat di bahagian hujung kiri kanan
Kukus selama 20-25mnt
Bagi sejuk ckit & baru blh makan...

credit : Asmaak Razali‎ #mahn

📸 Berminat viralkan perniagaan anda? PM page Viral Oh Viral utk T&C tq🌹

❤️ Jom like/follow page Resepi memikat keluarga & Viral D Viral
✔️ Share dan tag kwn2

Monday, February 12, 2018

About Madu #2

Dlm madu ade 3 jenis gula yg diuji fruktose glukose n sukrose.

Cara penyimpanan madu
[2/25, 11:04 PM] ‪+60 19-966 8686‬: 3/4 hari.. setiap hari sekali kuarkan kira2 3/4 jam.. masukkan semula dlm chiller
[2/25, 11:05 PM] ‪+60 19-966 8686‬: hari ke 5 dah sesuai utk bottling ..

Tujuannya utk;

kurangkan aktif mikrob dlm madu fresh.. dlm suhu biasa.. mikrob tu terus akrif,  penapaian yg kuarkan gas

KENAPA PEMBELI NAK KENA SIMPAN MADU KELULUT DALAM PETI SEJUK?
======================================
Laaa berbuih sampai tumpah pulak madu kelulut hari ni... rosak kerr??. Semalam meletop sampai pecah botol! Power sangat madu kelulut ni.... Kerr abam penjual ni jual madu rosak??
Citernya macam ni:

1. Dalam madu ada yis, gula, dan air. Bila ada cahaya dan suhu bersesuaian, yis ini menapai dan membebaskan gas.
JADI APA MASALAHNYA?

a) GAS terhasil inilah yg membuakkan madu bila botol dibuka dan boleh juga pecahkan botol kalau tekanan tinggi sangat.

b) madu juga akan menjadi lebih masam.... tapi TIDAK ROSAK.

2. Jadi, untuk halang gas... samada kurangkan air, atau sekat yis...melalui:

a) Pemanasan madu- Tapi zat dan bakteria baik dlm madu akan mati.

b) Keringkan air dalam madu dgn double boiler- tetapi tanpa kawalan suhu yg cermat, akan beri kesan xbaik pd khasiat madu.... dan microb juga mati.

c) Penyejukan chiller (4°C) dlm botol tertutup- akn sekat aktiviti yis dan kekalkn KESEGARAN rasa madu. Cuma crystallization boleh brlaku dlm sesetengh madu kelulut spesis Thorasica.

d) Penyejukan chiller (4°C) dgn penutup botol terbuka juga boleh sekat yis dan akn kekalkn kesegaran madu malah akan turut menyejatkn air dari madu... tp klu peti sejuk dapur, aroma lauk n ayam boleh jejaskn kualiti madu.

Oleh kerana itu, PENTERNAK KELULUT TIDAK MEMANASKAN MADU DAN HANYA MENJUAL MADU MENTAH UTK ELAK KEROSAKAN ZAT MADU....

JADI .... pembeli dinasihatkan simpan madu masing2 dalam PETI SEJUK... gitueee.

Credit gambar: FB Seni Ukir Kayu Terengganu

Wednesday, February 7, 2018

Bunga Kesukaan Kelulut

Perkongsian info dari : INFORMASI PERTANIAN

POKOK-POKOK YANG DISUKAI KELULUT SELAIN PORANA VOLUBILIS
-----------------------------------------

a). Belimbing madu - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang sepanjang hari, hasilan buah, bunga berkolompk.

b) Air mata pengantin - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang sepanjang hari, bunga berkolompk.

c). Selasih - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang sepanjang hari, bunga berkolompk.

d). Bunga biden - disukai kelulut, tumbuhan semusim, bebunga sepanjang tahun/kembang sepanjang hari, bunga berkolompk.

e). Pokok markisa - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang petang sahaja.

f). Turneria - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang pagi sahaja, bunga berkolompk.

g). Ulam raja - disukai kelulut, tumbuhan semusim, bebunga sepanjang tahun/sepanjang hari, bunga berkolompk.

kenapa kelulut suka sgt selasih or pokok2 lain yg dinyatakn di atas..sebab nya sifatnya mmg active tapi xleh terbang jauh ..so pokok2 ni merupakan tempat persinggahan mereka..biasa lah nk cri sumber makanan bukan dekat2..so mereka singgah lah...penat dh terbang hehehe..

Tambah tambah
Bunga pokok kelapa
Bunga belimbing
Bunga japanese rose
Bunga jambu madu
Vietnam gardenia
Pokok satay
Pokok calliandra powderpuff
Pokok jambu penda