Artificial pot atau kantung madu tiruan untuk pengeluaran madu lebah kelulut diperkenalkan untuk meningkatkan hasilan madu dan memudahkan pengurusan tuaian. Walaubagaimanapun ia mendatangkn banyak isu dan pengunaannya adalah ditegah! Ladang siapa yang tidak guna pot tiruan ini Tahniah dan sila SHARE untuk sampaikan bahawa ladang sahabat2 tidak guna pot ini.
Sunday, July 9, 2017
Smart Hive
SMART HIVE
Smart Hive (SH) ujud untuk menggantikan penggunaan log kayu. Ia merupakan inovasi oleh Centre Of Excellence on Kelulut, Pusat Flora Cheras, Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat Selangor.
SMART HIVE (SH) adalah satu inovasi yang menitik beratkan beberapa ciri khas untuk menjadikan hive lebih selesa dan sesuai digunakan dikawasan tropika yang sering mengalami perubahan suhu yang mendadak terutamanya ketika musim panas. Keadaan ini mengakibatkan gangguan terhadap "queen" dan menjadikan ianya tidak produktif lalu mengakibatkan proses perkembangan koloni terbantut hingga menyebabkan koloni menjadi mengecil. Akhirnya koloni yang tercari-cari "queen" ini akan berpindah menumpang pada koloni yang lebih aktif. Log tinggal kosong.
SH direka berdasarkan tuntutan penternak yang sering kecewa dengan reka bentuk hive sedia ada yang bersifat kedap udara. SH mempunyai keupayaan untuk melaras suhu secara semulajadi sekitar 25°C - 32°C bergantung dimana ia diletakan. Kadar kandungan CO² yang dihasilkan melalui proses pernafasan oleh kelulut dan mikro organisma akan ditentukan sekadar ± 0.04% sepertimana kandungan CO² diudara maya.
Kandungan CO² yang berlebihan di dalam udara dalam hive membuatkan udara didalamnya cepat bertukar menjadi panas dan beracun, seterusnya akan terkesan pada propolis dan koloni.
SH adalah pemangkin kepada kaedah penternakan yang menggunakan hive sedia ada pada hari ini. Penggunaannya bukan hanya sekadar hive ternakan. Ia amat sesuai digunakan sebagai "multiplication hive" bagi spesis kelulut jenis Trigona Itama dan Trigona Thoracica. Kerja-kerja membiak baka boleh dilaksanakan tanpa membelah log sepertimana kaedah sedia ada dan kelulut jenis Trigona Itama ianya hanya memerlukan masa lebih kurang 7-10 hari untuk mendapatkan satu koloni yang stabil lengkap dengan queen dan broadcell baru.
Bergerak menggunakan SH bukan sahaja beralih kesatu kaedah penternakan yang lebih terjamin malahan ia turut menyumbang kepada menyelamatkan banyak tumbuhan yang dimusnahkan. SH adalah teknologi Penternakan dan Pembiakan.
Lawat: http://akademikembara.com untuk cerita2 lain
Pemasangan Topping/Ganda Koloni
*FAKTA PENTING*
.
Pemasangan topping atau ganda koloni sgt sesuai dibuat dimusim bunga..
.
..bagi memastikan kecepatan pulih-baik dan hasil madu...beberapa element penting wajar dititik beratkan..
.
Beberapa kreateria penting yang wajar diberi perhatian sebelum proses gandaan koloni/pinda koloni dibuat:
.
1. Pilih koloni yang kuat dan aktif
2. Telah ada telor ratu muda
3. Dimusim bunga
4. Kayu toping atau hive dr kayu tanpa "dirawat" yang sesuai dan kemas buatannya
5. Penempatan "koloni" pada tempat yang kondusif
6. Memastikan semua sambungan yang berlubang hendaklah dipastikan "seal" sebaiknya dgn propolis atau lain2 bahan tanpa campuran kimia
7. Menyediakan jadual pengawasan rapi selama sekurang2nya 3 hari berturut dari serangan musuh "awalan" iaitu semut
.