Thursday, August 10, 2017

Potong Log

Terkadang banyak Persoalan dan Pertikaian sering timbul dalam Kaedah dan Cara2 nak memotong Log dan Separas manakah seharusnya kita patut potong supaya ia sesuai untuk Kelulut2 kita naik dan cepat buat Madu dalam Topping...,

1.Kebiasaannya...,Penternak2 lebih suka mengambil langkah Memotong Log separas broodcell/telur...,Kenapa?Sebab Kelulut Selalunya gerenti akan buat Madu dengan cepat bila kita potong Separas tu...

Tapi,

#risiko Kelulut akan Tertekan akibat Kemusnahan Involukrum(Propolis Pertahanan Telur) dan Kehilangan Sumber Makanan seperti Beebread & Madu akan berlaku(sebab konpem kita akan sapu habis balance2 beebread ngan Madu depa lepaih potong log tu)...,

#risiko broodcell/telur akan naik ke dalam kotak topping juga bakal berlaku..,dan bila berlaku,mulalah kita Cemas Tapi Tak Panik pening nak buat lagumana...

2.Ada juga Penternak2 yang mengambil langkah memotong separas beebread dan separas kantung madu...,Kenapa?Sebab nak bagi Kelulut ni terus Bekerja tanpa Menganggu Struktur2 dalaman yang tak Sepatutnya diGanggu...

Tapi,

#risiko Kelulut tutup lubang masuk pada ruangan dalam kotak topping kemungkinan berlaku...,

#risiko Kelulut lambat dan mengambil masa membuat Madu dalam topping juga kemungkinan berlaku...,Sabar adalah Kuncinya...

Apapun...,Pilihan adalah di tangan anda sendiri untuk Memilih Separas mana yang harus kita potong Log2 kita ni supaya Keberhasilan Madu dapat Memuaskan hati Kita sendiri...

Takdak Perkara yang Takdak Risikonya...,Terima Kasih kerana sudi membaca

Friday, August 4, 2017

Pindah Hive

Sbnrnya utk pmindahan dlm hive adlh log yg bmasalah, pecah, reput..

Sekalipn reput, kalau blh dsimen kita dgalakkn simen..

Byk risiko kita pindahkan kedlm hive akak..

1st, % utk kita dptkn ratu.. Mesti dapatkan ratu utk pemindahan koloni.. Ratu tiada, gagal pmindahan

2nd.. Secara tdk langsung kita dh mganggu sistem pertahanan cerumin kelulut.. Kelulut mudah dserang musuh..

3rd.. Ambil masa yg lama utk dpulihkan akak.. Kelulut tpaksa mengolah & mbuat semula stuktur dalaman utk keselesaan koloni..

Sekiranya kita ada teknik, dsarankan awal pagi  dalam tempoh ke petang, kelulut boleh mengangkut sumber resin utk proses pbaikian didalam hive

Sebolehnya biarkan seminggu @ 2 minggu hive ditempat yg asal.. Baru pindah ke tempat baru.

Utk proses pemindahan log/hive dr tmpt asal ke tmpt baru. Sbolehnya pindah 1@2 kaki stp hr smpai ke tapak baru..

Utk pemindahan log/hive yg byk, dsarankan juga pindahkan dahulu log/hive ketmpt lain dlm 2@3km dr tmpt asal.. Tempoh 2minggu..

Sekiranya pmindahan dr tapak asal ke tempat baru secara terus dgn jarak 10m, kelulut akan kembali ketempat asal tapak..

Kelulut yg sesat akan menyerang log lain..

Peperangan & kmatian berlaku.. Secara automatik koloni lemah..

Koloni yg lemah akan mlambatkan proses pbuatan kerawang & pot madu.. Mudah dserang musuh.

Pemerhatian sy sblhnya ats 2minggu.. Sbb sy cuba dlm tempoh seminggu, kelulut kembali ketempat asal 😃 kalau blh tmpt lama, jirus dgn air.. Sbb masih ada pheromone kelulut dsitu.. Pheromone tu yg akn menyebabkn kelulut kembali ke tmpt asal 😃

Sunday, July 9, 2017

Artificial Pot

Artificial pot atau kantung madu tiruan untuk pengeluaran madu lebah kelulut diperkenalkan untuk meningkatkan hasilan madu dan memudahkan  pengurusan tuaian. Walaubagaimanapun ia mendatangkn banyak isu dan pengunaannya adalah ditegah! Ladang siapa yang tidak guna pot tiruan ini Tahniah dan sila SHARE untuk sampaikan bahawa  ladang sahabat2 tidak guna pot ini.

Smart Hive

SMART HIVE
Smart Hive (SH) ujud untuk menggantikan penggunaan log kayu. Ia merupakan inovasi oleh Centre Of Excellence on Kelulut, Pusat Flora Cheras, Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat Selangor.

SMART HIVE (SH) adalah satu inovasi yang menitik beratkan beberapa ciri khas untuk menjadikan hive lebih selesa dan sesuai digunakan dikawasan tropika yang sering mengalami perubahan suhu yang mendadak terutamanya ketika musim panas. Keadaan ini mengakibatkan gangguan terhadap "queen" dan menjadikan ianya tidak produktif lalu mengakibatkan proses perkembangan koloni terbantut hingga menyebabkan koloni menjadi mengecil. Akhirnya koloni yang tercari-cari "queen" ini akan berpindah menumpang pada koloni yang lebih aktif. Log tinggal kosong.

SH direka berdasarkan tuntutan penternak yang sering kecewa dengan reka bentuk hive sedia ada yang bersifat kedap udara. SH mempunyai keupayaan untuk melaras suhu secara semulajadi sekitar 25°C - 32°C bergantung dimana ia diletakan. Kadar kandungan CO² yang dihasilkan melalui proses pernafasan oleh kelulut dan mikro organisma akan ditentukan sekadar ± 0.04% sepertimana kandungan CO² diudara maya.

Kandungan CO² yang berlebihan di dalam udara dalam hive membuatkan udara didalamnya cepat bertukar menjadi panas dan beracun, seterusnya akan terkesan pada propolis dan koloni.
SH adalah pemangkin kepada kaedah penternakan yang menggunakan hive sedia ada pada hari ini. Penggunaannya bukan hanya sekadar hive ternakan. Ia amat sesuai digunakan sebagai "multiplication hive" bagi spesis kelulut jenis Trigona Itama dan Trigona Thoracica. Kerja-kerja membiak baka boleh dilaksanakan tanpa membelah log sepertimana kaedah sedia ada dan kelulut jenis Trigona Itama ianya hanya memerlukan masa lebih kurang 7-10 hari untuk mendapatkan satu koloni yang stabil lengkap dengan queen dan broadcell baru.

Bergerak menggunakan SH bukan sahaja beralih kesatu kaedah penternakan yang lebih terjamin malahan ia turut menyumbang kepada menyelamatkan banyak tumbuhan yang dimusnahkan. SH adalah teknologi Penternakan dan Pembiakan.

Lawat: http://akademikembara.com untuk cerita2 lain

Pemasangan Topping/Ganda Koloni

*FAKTA PENTING*
.
Pemasangan topping atau ganda koloni sgt sesuai dibuat dimusim bunga..
.
..bagi memastikan kecepatan pulih-baik dan hasil madu...beberapa element penting wajar dititik beratkan..
.
Beberapa kreateria penting yang wajar diberi perhatian sebelum proses gandaan koloni/pinda koloni dibuat:
.
1. Pilih koloni yang kuat dan aktif
2. Telah ada telor ratu muda
3. Dimusim bunga
4. Kayu toping atau hive dr kayu tanpa "dirawat" yang sesuai dan kemas buatannya
5. Penempatan "koloni" pada tempat yang kondusif
6. Memastikan semua sambungan yang berlubang hendaklah dipastikan  "seal" sebaiknya dgn propolis atau lain2 bahan tanpa campuran kimia
7. Menyediakan jadual pengawasan rapi selama sekurang2nya 3 hari berturut dari serangan musuh "awalan" iaitu semut
.

Saturday, July 8, 2017

Hive

nak baik,buat tinggi sket.dlm 8@9 inci.rendah sgt koloni x selesa utk proses telur

Silikon Utk Hive

Contoh2 Silikon utk hive