Friday, August 31, 2018

Jus untuk Gout

Jus yang betul2 menjadi untuk gout suami saya yang lama juga menderita sakit ni sb kaki seafood.
Hari ni nak share lagi bagi sapa2 yang ada sakit gout. Jus ni betul2 serasi dengan suami dan ada byk feedback org yang da cuba katanya ok.
Tiga bahan ni kalu konsisten minum inshaAllah akan sembuh.
Suami saya xpenah tinggal minum jus ni. Alhamdulillah allopurinol dgn goutnor dah xambil. Dua jenis ubat ni wajib ada dalam tangan org gout kan??.

Saya share resepi ni untuk semua dan doakan saya sekeluarga sihat walafiat ya.

Gambar kat bawah Ni sukatan saya buat banyak2 sebab mudah utk dia minum seminggu terus.

Ni bahan2 utk 2x minum ya
Timun 1biji
Celery 2batang
Lemon satu potong atau 5sudu air dia

Saya guna slowjuice maker sb dia perah 100% jus jd lebih berkesan untuk suami.
Kalu nak blender pakai satu cawan air blend dan tapis.

Minum 2x sehari
Waktu pagi lepas bangun tido @ sebelum sarapan
Waktu malam masa nak tido.

Amalkan inshaAllah akan sembuh.

Tanda awal2
-buku lali akan bengkak sikit sb tindak balas jus ni.

Kemudian lama2 bengkak buku lali surut sebab kristal urid asid yg buat kaki bengkak tu mula pecah dan lembut.
Skrg kaki suami xbengkak dh .
Berat badan dia pun maintain n nampak kurus.

Dah amal dekat setahun.
Seafood tetap makan.cuma dia skrg xmakan daging lembu. Yang lain tarammm xcukup tanah kata org 🤣🤣🤣.

Selamat mencuba ya.

cdt: cik mil haneena

Sunday, August 26, 2018

Cara Betul Minum Madu

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..
Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.

Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala
Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

3. Untuk Rawatan Bahagian Badan
Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

4. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah
Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

5. Rawatan Bahagian Bawah
Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.
Tip Ini Penting!
√ Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas
Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk

Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk
Ini cara minum madu. tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

Thursday, August 16, 2018

Ramuan Madu Utk Parut & Jerawat

7 REMEDI MADU YG MUDAH DAN EFEKTIF UTK HILANGKAN JERAWAT DAN KESAN PARUT ANDA PATUT CUBA DI RUMAH.

Siapa yang taknak kulit muka licin dan bersih kan? Tiada masalah jerawat, jeragat. Nak jumpa kawan2 pun rasa konfiden.

Tapi rasa sangat malu, tak konfiden, bila kulit muka dah mcm permukaan bulan. Bintik2 hitam, parut dan mcam2 lagi lah.

Nak jumpa family sendiri pun rasa malu, apatah lagi nk jumpa kawan2.

Jadi, dalam post ni, saya akan kongsikan bagaimana anda boleh hilangkan jerwat dan kesan parut dengan petua turun temurun yg tak berkesan dan 100% tak merbahya hanya menggunkan madu.

Faedah dan kelebihan madu :

✔ Merupakan antiseptik semulajadi
✔Mengelakkan pembiakan kuman
✔ Membasmi kuman di muka
✔Ada ciri2 anti-inflammatory
✔ Mengurangkan kemerahan
✔Mengurangkan kesan bengkak
✔Mengekalkan kelembapan kulit
✔Mengelak dari mengelupas
✔Mengelak kekeringan kulit

Berikut adalah 7 remedi madu yg terbukti berkesan utk mengatasi jerawat dan kesan parut :-

[1] mask madu

- Cuci muka anda dgn air suam, utk membuka pori-pori.
- Sebelum muka kering, sapukan madu keliling muka
- Biar selama 30 min
- Bilas dgn air

[2] madu + kayu manis

- Campurkan 1 sudu serbuk kayu manis + 2 sudu madu
- Gaul sehingga dapat satu capuran yg likat.
-Boleh letak dkt kawasan jerawat dan parut shj atau satu muka.
- Biarkan selama 15 minit dan bilas dgn air

(+) Kenapa berkesan?
Kayu manis ada ciri2 anti-inflammatory dan anti-microbial yg boleh mengurangkan jerawat dan memudarkan parut.

[3] Madu + gula pasir

- Campurkan 1 sudu gula pasir + 1 sudu madu
- Gaulkan dgn lembut
- Sapu di muka sebelum gula tu cair
- Biarkan selama 15 min dan bilas dgn air suam

(+) Kenapa berkesan?
- Gula dapat membuang sel kulit yg mati , men hurling man minyak , dan mengosongkan pori-pori yg tersumbat di muka.

[4] Madu + tea tree oil

- Capurkan 1 sudu madu + 2,3 titis tea tree oil
- Sapukan di muka
- Biarkan selama 10 min dan bilas.

(+) Kenapa berkesan?
Tea tree oil mampu membasmi bacteria yg menyebabkan jerawat. Cara ini juga berkesan utk mempercepatkan proses pemulihan kulit akibat jerawat.

[5] Madu + teh hijau

- Letakkan beg teh dlm air panas dan biarkan beberapa minit.
- Keluarkan beg teh, tunggu sejuk sikit, dan buka beg utk keluarkan daun teh hijau.
- Campurkan daun teh hijau + madu
- Gaulkan sehingga sebati
- Sapukan di muka
-Biar 10-15 min dan bilas.

(+) Kenapa berkesan?
Teh hijau ada byk faedah, antaranya adalah sifat anti-oxidant dapat menyegarkan kulit muka, mengurangkan minyak, dan mengelakkan parut jerawat

[6] Madu dan limau

-  Campurkan 1 sudu jus limau  2 sudu madu
- Gaul dan sapu ke muka
- Biarkan 20 min dan bilas dgn air suam. Dan bilas dgn air sejuk.

(+) Kenapa berkesan?
Citric acid dlm limau dapat membuang sel kulit mati dan mengosongkan pori yg tersumbat.
Limau juga ada vitamin c yg membantu proses pemulihan semula jadi dlm kulit.

[7] Madu + tomato

- Campurkan 1 sudu puree tomato + 2 sudu madu.
- Sapukan campuran di muka dan biarkan selama 10min.
- Bilas dgn air

(+) Kenapa berkesan?
Asid organic dlm tomato mempunya sifat antibacterial.
Tomato juga mempunyai lycopene sebagai antioxidant dan melindungi kulit muka drpd kerosakan.

Sunday, August 12, 2018

Petua Kelulut

Sedikit TIPS Rawatan MADU KELULUT yg boleh digunakan.
Selamat Mencuba! :

GASTRIK
Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam.

DEMAM
Ambil 2 sudu kecil madu kelulut dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .

KANSER USUS
Boleh disembuhkan dengan gunakan madu kelulut yang dimakan sebanyak 3 sudu kecil dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu kelulut dengan segelas air putih sebelum tidur malam.

CIRIT BIRIT
Campurkan 2 sudu madu kelulut dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.

ANTIBIOTIK
1 sudu kecil madu kelulut dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari

BATUK
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu kelulut. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. Atau: 1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu kelulut. Limau nipis diperah dalam air madu kelulut. Minum 3 kali sehari

BIBIR PECAH
1 sudu kecil madu kelulutdi tempat bibir yang pecah

KENCING MANIS
dinasihatkan agar makan 1 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam.

BENGKAK/BENJOL
1 sudu besar madu kelulut + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak

CERDAS
2 sudu kecil madu kelulut + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

CERGAS
Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

DARAH TINGGI
1 sudu kecil madu kelulut di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

DARAH KURANG (Anemia)
Makan 3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.

KUDIS
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu kelulut, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

LUKA
Sapukan pada luka. Gunakan madu kelulut dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.

SAKIT JANTUNG
6 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

SAKIT PINGGANG
1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu kelulut, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

SAKIT PERUT
(memulas) Minum 1-2 sudu besar madu kelulut 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

SESAK NAFAS
3 sudu kecil madu kelulut + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

SUSAH TIDUR
2 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut

SEMBELIT (susah buang air besar)
2 sudu kecil madu kelulut + segelas susu di minum setiap 4 jam.

SERAK (Hilang Suara)
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu kecil madu kelulut lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

SELERA MAKAN
Minum 1-3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari

ANAK KENCING MALAM
Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu kelulut. Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan.Lakukan dua kali sehari iaitui pada pagi dan sebelum masuk tidur

KESIHATAN ANAK
Madu kelulut mengandungi pelengkap gizi dan vitamin dan ianya amat sesuai untuk makanan tambahan dan minuman anak-anak.

KHUSUS LELAKI

Lemah Syahwat
3 sudu kecil madu kelulut + 3 biji lada putih atau lada hitam + 1 inci halia + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kopi + 1 sudu besar kicap manis + 1 biji kuning telur ayam. Caranya, lada dan halia ditumbuk halus lalu digaul dengan semua bahan di atas. Minum 2-3 jam sebelum tidur.

Menambah Eraksi (ketegangan )
11 biji lada putih atau lada hitam + 3 biji bawang putih ditumbuk sampai halus + 1 biji kuning telur ayam + 2 sudu besar madu kelulut. Minum selama seminggu.

Mani Cair
5 biji kemiri/buah keras ditumbuk halus + 1 biji kuning telur ayam + 1 sudu besar madu kelulut. Minum selama seminggu.

Menguatkan dan Mengeraskan alat kelamin (Minum) 20 biji bawang merah + 20 biji bawang putih diperah dan diambil airnya, campurkan madu kelulut sebanyak air perahan bawang tadi, lalu dimasak sampai air bawangnya hilang, minum 3 sudu kecil selama 7 hari.

KHUSUS WANITA
Air Muka:
Untuk mengindah wajah air muka yang kering tidak berseri. Bahan: Madu kelulut, Minyak Zaitun, air sejuk dan air suam. Caranya, basuh muka dengan air sejuk dan biarkan 3 minit kemudian lumurkan muka dengan madu kelulut selama 15minit. Kemudian bilas muka dengan air suam dan biarkan kering. Kemudian lumuri muka dengan minyak Zaitun. Insya allah ada perubahan yang positif setelah diamalkan selama 1 minggu.

Meremajakan Kulit Muka
½ cawan tepung gandum + 2 sudu besar madu kelulut + putih telur secukupnya hingga terbentuk pasta untuk masker. Sapukan ke wajah hingga rata, biarkan selama 1 jam. Setelah itu bersihkan dengan air suam dan air sejuk secara bergantian. Gunakan air sejuk pada bilasan terakhir. Lakukan dengan kerap hingga anda memiliki wajah yang bersih, halus, licin dan bercahaya sehingga kelihatan lebih muda.

Menghilangkan kedut Wajah
1 biji telur ayam + 1 sudu besar madu kelulut dikacau rata dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air suam dan air sejuk secara berselang seli diakhiri dengan air sejuk. Cara ini juga digunakan untuk melicinkan serta menghaluskan kulit tubuh yang lain.

Menghaluskan Kulit Tangan
2 sudu besar madu kelulut + 1 biji perahan limau nipis dikacau rata lalu disapukan keseluruh kulit tangan hingga rata sambil diurut dan dipicit dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air suam dan diakhiri air sejuk. Apabila sering dilakukan maka kulit tangan anda akan menjadi sangat halus dan lembut.

Jerawat dan Bintik Hitam
di Wajah 1 gelas air suam + 2 sudu besar madu kelulut dan dikacau rata lalu disapukan ke wajah hingga rata dan dibiarkan selama 20 minit.Kemudian cuci dengan air suam dan yang terakhir air sejuk. Amalkan minum 2 sudu kecil madu 3 kali sehari sebelum makan.

Ibu mengandung
Amalkan 1 sudu kecil madu pagi sebelum sarapan serta malam sebelum tidur,inshaallah mudah melahirkan anak, anak bebas penyakit kuning